Quantcast
Channel: Kaki Sembang
Viewing all 669 articles
Browse latest View live

Dunia Akhir Zaman | Nenek Bohsia!!

$
0
0
Dunia Akhir Zaman | Nenek Bohsia!! | Tidak padan dengan usia sudah lebih separuh abad, seorang janda berstatus nenek kerap bertukar pasangan, membawa teman lelakinya pulang ke rumah di flat Larkin Johor.

Dunia Akhir Zaman | Nenek Bohsia!!

Malah, anak sulungnya, wanita berusia awal 30-an, dipercayai bersekedudukan dengan teman lelaki hingga melahirkan seorang anak berusia dua tahun manakala anak keempatnya, juga wanita berusia awal 20-an, melarikan diri dari rumah itu selepas mengandung anak luar nikah.

Difahamkan, janda beranak empat yang juga ahli perniagaan itu tidak mempedulikan teguran anak lelakinya.

Dua anak lelakinya, iaitu anak kedua dan ketiga yang sudah berkahwin serta tinggal bersamanya, hanya mampu menasihatkan ibu, kakak serta adik perempuan mereka.

Seorang kenalan keluarga berkenaan yang mahu dikenali sebagai Azimah, 40-an, berkata, perbuatan itu diketahuinya sejak beberapa tahun lalu.

“Saya tidak berniat mencampuri urusan keluarga mereka, tetapi sebagai umat Islam, saya tidak mahu bersubahat selepas mengetahui perkara sebenar.
“Apa yang saya tahu, baru-baru ini wanita berkenaan menjalin hubungan dengan seorang lelaki berusia awal 30-an yang juga pekerjanya sendiri,” katanya.

Azimah mendakwa, anak sulung dan anak bongsu keluarga terbabit (kedua-duanya wanita) mencontohi kelakuan ibu mereka kerana turut berkelakuan sedemikian.

“Bagaimanapun, dua anak lelakinya tidak merestui perbuatan itu dan mereka berkahwin secara sah.

“Saya juga difahamkan anak lelaki terbabit serta isteri masing-masing beberapa kali menegur ibu mereka, namun tidak diendahkan, malah diingatkan supaya jangan menderhaka,” katanya.

Menurut Azimah, dia melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) Zamri Kambari berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung keluarga berkenaan dan kini mengumpul bukti.

Menurutnya, risikan perlu dijalankan, termasuk waktu wanita terbabit membawa pulang pasangannya ke rumah serta mengumpul bukti lanjut sebelum serbuan.

Beliau bagaimanapun berkata, sebagai ibu, wanita terbabit seharusnya menjadi contoh baik kepada anak. – paapaada.blogspot

A Samad Said Meninggal Dunia !!! Dan Keadaan Tenat Tok Guru Nik Aziz Yang Tersebar Di Facebook Dan Twitter Adalah Palsu

$
0
0
A Samad Said Meninggal Dunia Dan Keadaan Tenat Tok Guru Nik Aziz Yang Tersebar Di Facebook Dan Twitter Adalah Palsu | Hari ini kita disebarkan dengan Kematian sasterawan Negara  A Samad Said dan anak beliau mengesahkan bahawa ayah nya A Samad Said masih hidup dan sedang bersamanya sambil membaca buku

A-Samad-Said-Meninggal-Dunia.jpg


Berkaitan dengan keadaam Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tentang posting Ustaz Ravi yang meyatakan Tuan Guru tengah tenat di Hospital menghidap barah Usus Tahap 4 adalah berita palsu cuma saluran kencing TGNA tersumbat dan beliau dalam keadaan stabil. Pihak Keselamatan Negeri Kelantan berharap jangan menyebarkan berita bagi mengelakkan perkara kecoh berlaku...

A-Samad-Said-Meninggal-Dunia.jpg

YB Tuan Guru kelihatan ceria sewaktu dikunjungi oleh YB Tuan Haji Zulkifli Mamat, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan di HUSM sebentar tadi. Tuan Guru dimasukkan ke dalam wad beberapa hari lepas setelah mengadu keletihan.

Di Harap semua pihak berhati-hati dalam menyiarkan perkara ini.....

Keadaan Terkini Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Di Hospital | Apabila Tok Guru Terkejut Dari Tidur beliau Bertanya "Mana Datuk Husam?" [ Menarik Untuk Dibaca ]

$
0
0
Keadaan Terkini Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat | Apabila Tok Guru Terkejut Dari Tidur beliau Bertanya "Mana Datuk Husam?" [ Menarik Untuk Dibaca ] | Tok Guru kesayangan Umat sedang diuji oleh Allah dengan kesakitan setelah jiwa dan raganya dihabiskan untuk Islam dan perjuangan. Setelah melepaskan jawatan sebagai MB Tok Guru kelihatan sangat lemah memandangkan usia sudah menjangkau 82 tahun..Semoga Allah memanjangkan usia Tok Guru dan Tok Guru sentiasa mendapat perlindungan dan Rahmat daripada Allah..

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

"Mana Datuk Husam?" tanya Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila terjaga dari tidurnya di atas katil Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu.

Ekoran itu, keluarganya menelefon Naib Presiden PAS itu dan bergegaslah Husam ke HUSM menemui Nik Aziz. Namun Nik Aziz tertidur lagi. Husam tidak sampai hati untuk mengejutkan Mursyidul Am PAS itu.

Apabila terkejut dari tidur, sekali lagi Nik Aziz bertanya, "Mana Husam?". Sekali lagi, Husam terpaksa berpatah balik ke HUSM ketika beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang Pengkalan Chepa untuk seterusnya ke luar negara.

Kali ini, Husam dapat mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh Nik Aziz kepadanya. Namun ia hanya antara mereka berdua. Selepas tiga hari berlalu, sehingga kini ia tetap menjadi rahsia antara mereka.

Selain Husam, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyebut nama Abang Ya (pegawai polis berpangkat Kopral, bekas pengawal peribadi beliau semasa menjadi MB), ketika beliau berehat di HUSM kali ini.

Sejak melepaskan jawatannya sebagai MB, kesihatan Nik Aziz merosot teruk. Beliau sering bersungut keletihan. Wad VVIP di tingkat 2 bangunan utama HUSM yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Pulau Melaka menjadi rumah kedua beliau.

Memang, dengan umurnya mencecah 82 tahun dan segenap tenaga diberikan untuk jamaah dan kerajaan selama ini, beliau wajar banyak berehat.

Namun beliau sering menyebut dua nama yang seangkatan dengan beliau apabila mengenangkan kesihatannya. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew. Kedua-duanya lebih tua dari beliau namun masih aktif dan sihat sedangkan beliau terpaksa berulang alik ke hospital.

Saya membuat temujanji untuk mewawancara beliau pada jam 11.30 pagi 19 Ogos di JKR 10, Kota Bharu. Ketika itu, pihak yang menjaga beliau penuh yakin, ia boleh diadakan.

Di Kuala Lumpur, saya telah memberitahu pihak pengurusan The Malaysian Insider, ia bukan satu yang pasti memandangkan status kesihatan Tok Guru yang sangat disayangi ramai itu.

Selepas tidak boleh bertemu di JKR 10, saya ke HUSM petang itu juga untuk melihat sendiri keadaan beliau. Ketika itu anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anggota Parlimen Pasir Mas baru sampai dari Kuala Lumpur. Seorang doktor pakar ketika itu sedang memeriksa beliau.

"Ayah ok. Cuma dia perlu rehat," kata Nik Abduh."Tadi ayah bercakap dengan saya dan meminta membuat kenyataan mengenai Mesir," tambah Nik Abduh sambil membaca catatan kenyataan dari Nik Aziz itu yang sangat tidak berpuashati dengan regim tentera yang merampas kuasa dan seterusnya membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Beliau juga tidak berpuashati dengan pemerintah Arab Saudi yang menyokong tindakan itu.

Doktor yang merawat beliau juga berkata, "Tok Guru ok. Insya Allah esok boleh kalau dia nak balik. Tetapi lebih baik dia rehat di sini."

Menurut Nik Abduh, di rumah mereka dekat Pulau Melaka orang ramai sentiasa datang untuk bertemu ayahnya walaupun sudah tidak menjadi MB lagi.

"Kami telah memberitahu mereka supaya datang waktu solat lima waktu. Kalau ayah turun solat, bermakna dia sihatlah," beritahu Nik Abduh. Sebab itu, orang ramai memenuhi masjid itu setiap kali solat waktu terutama waktu Subuh.

Di wad HUSM, Datin Tuan Sabariah, isteri Nik Aziz sentiasa berada di sisi beliau. Ibu yang melahirkan 10 orang anak yang hebat ini seorang pendiam dan tidak berminat langsung untuk ditemubual oleh media.

Menurut salah seorang anak beliau, Nik Aziz akan bangun secara automatik apabila terdengar bunyi azan.

"Bila Tok Guru boleh bangun bila dengar bunyi azan itu melambangkan minda dia sihat dan cergas," kata doktor yang merawatnya.

"Satu lagi saya nampak beliau akan bersemangat dan matanya terbuka luas kalau bercakap hal semasa dan politik," kata beliau sambil tersenyum.

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, sekali lagi kami datang ke HUSM untuk mengintai peluang untuk bertemu dan berbual dengan tokoh politik yang telah meletakkan kedudukan yang tinggi dalam bechmark politik Malaysia ini.

Wartawan Elizabeth Zachariah dan jurugambar Afif Abd. Halim tidak berpuashati selagi tidak dapat bertemu Nik Aziz kerana itulah tugasan mereka ke Kota Bharu.

Dengan ditemani seorang rakan dari Kota Bharu, kami memasuki wad VVIP di tingkat 2 bangunan utama HUSM itu. Kali ini, anak dan menantu serta cucu beliau dari Kuala Lumpur juga ada di dalam wad.

Nik Aziz sedang lena tidur. Abang Ya (bekas pengawal peribadinya yang disebut Nik Aziz) turut berada di wad.

Kami masuk ke dalam wad dan melihat beliau tidur lena. Saya mengusap lengannya (sebagaimana diajar Abang Ya) namun beliau terus lena. Elizabeth dan Afif melihat. Namun Afif tidak sampai hati untuk mengambil gambar insan hebat yang sedang tidur ini.

Selepas kira-kira 10 minit merenung Tok Guru yang sedang tidur ini, kami beredar dari wad itu sambil bersalam dengan anak menantunya.

Tok Guru, berehatlah.

Anda telah menyumbang lebih 60 tahun hayat mu untuk agama, bangsa dan negara mu. Anda telah meletakkan satu mercu tanda tersendiri untuk ahli politik di negara ini.

Kami yakin, tidak ada yang dapat memecahkan rekod kehebatan mu. Pengganti mu, Datuk Ahmad Yakub telah membuat sesuatu yang betul apabila menubuhkan 'Institut Pemikiran Tok Guru' untuk menghayati ilmu yang kamu berikan.

Benar kata beliau, ulama ramai di dunia ini. Tetapi ulama yang bersama jamaah dan membuktikan mereka layak untuk mentadbir negara tidak ramai. Ulama yang membuktikan mereka juga layak membuat tadbir urus yang baik untuk sebuah kerajaan.

Selamat berehat Tok Guru ku sayang. - 22 Ogos 2013

- Zulkifli Sulong, The Malaysian Insider -

Meletup!!, Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak "kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi,"

$
0
0
Meletup!!, Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak "kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," | Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak, akibat daripada tiada tindakan Undang-undang kerana pembunuh masih belum dikesan.

Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak "kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi,"


Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.

“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin. Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri."Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.

"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.

Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya."Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.

Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.

Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat."Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga.

Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.

Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.

Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya."Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan."Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.

"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.

"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.

Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

“Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.

Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".

Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian.

- the malaysian insider

Siapa Pemain Bola Sepak Kelantan Yang Positif Dadah | Akibat Ujian Doping Didapati Positif, Seorang Pemain Kelantan Direhat Serta Merta!!

$
0
0
Siapa Pemain Bola Sepak Kelantan Yang Positif Dadah | Akibat Ujian Doping Didapati Positif, Seorang Pemain Kelantan Direhat Serta Merta!! | “SAYA hanya mengambil makanan tambahan.” Itu pengakuan pemain bola sepak The Red Warriors yang didapati positif dalam ujian doping selepas tamat aksi final Piala FA 2013 pada 29 Jun lalu, semalam.

Siapa Pemain Kelantan Yang Positif Dadah
Sebaliknya, pemain yang enggan identitinya didedahkan itu mempertahankan diri bahawa beliau tidak mengambil sebarang ‘dadah terlarang’ bagi tujuan meningkatkan prestasi bersama pasukannya.

“Saya bukan mengambil dadah, hanya mengambil ‘supplement’ (makanan tambahan). Apabila diarahkan menjalani ujian tersebut pada perlawanan akhir Piala FA tempoh hari, tiba-tiba keputusannya adalah positif.

“Saya sendiri tidak sangka makanan tambahan itu mengandungi bahan terlarang. Saya minta maaf kepada semua penyokong Kelantan di atas kejadian ini dan berharap isu ini tidak diperbesarkan,” katanya.

Ekoran keputusan positif ujian tersebut, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bertindak serta-merta merehatkan pemain berkenaan daripada terbabit dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama enam bulan.

Malah kelibat pemain yang boleh beraksi di posisi pertahanan dan tengah itu juga tidak kelihatan menjalani latihan bersama skuad Kelantan sejak bulan Ramadan lalu sejurus keputusan ujian tersebut diperoleh pihak Kafa.

Beliau yang kesal dengan tindakan mengambil makanan tambahan itu kini menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Kafa untuk mengambil langkah seterusnya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu pemain berkenaan juga turut menafikan khabar angin yang tersebar dalam kalangan penyokong Kelantan mendakwa beliau terlibat dalam salah laku pengambilan dadah sebelum ini.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan Datuk Mohd Taufek Abd Razak baru-baru ini mendedahkan salah seorang pemain daripada dua pasukan yang beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA didapati positif setelah menjalani ujian doping.

GENGSTER 04/08 KEPUNG DAN SERANG POLIS DI PERAK!! MENYERANG POLIS DI PERAK | PIHAK POLIS TERPAKSA MELEPASKAN TEMBAKAN KEUDARA

$
0
0
GENGSTER 04/08 KEPUNG DAN SERANG POLIS DI PERAK!! MENYERANG POLIS DI PERAK | PIHAK POLIS TERPAKSA MELEPASKAN TEMBAKAN KEUDARA | Lebih 20 samseng dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 atau 08 bertindak biadab dan ganas apabila mengepung serta menyerang empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Mengelembu, Ipoh Perak yang menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara, pada awal pagi.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.

“Empat anggota polis berpakaian biasa bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.

“Sebaik sampai di kawasan itu, polis mendapati antara 20 hingga 25 lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam lain,” katanya.

Menurutnya, kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan polis walaupun diberi amaran supaya beredar.

“Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.

“Serangan itu menyebabkan bahagian cermin hadapan kereta polis pecah selain pintu kereta kemek dipercayai ditetak dengan parang atau kapak. Semua suspek kemudian melarikan diri,” katanya.

Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu penjenayah dan menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng 08 berusia antara 20-an hingga 30-an beberapa jam selepas kejadian.

“Hasil tangkapan pertama itu, polis turut merampas 23 parang panjang dan satu pedang samurai.

“Polis kemudian memberkas dua lagi lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Mengelembu di sini, antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam,” katanya.

Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Shukri berkata, polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai V Vigneswaran Naidu atau Vicky, 31, Prabagaran Monosamay, 25, Sarat Babu Suseelan, 27, Thangasamy Adakkalam, 40, Viknesvaran Subramaniam, 29, Jayakumar Subramin, 31 dan Prakash Thavatas, 26. “Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh, Perak dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui di mana suspek berada kini,” katanya.

Menurutnya, pergaduhan antara dua kumpulan samseng ini mungkin tercetus apabila salah seorang ahli geng O8 berusia 20 tahun diserang di hadapan rumahnya di Mengelembu, malam Selasa lalu.

“Serangan itu dipercayai dilakukan Geng 04 Mengelembu yang didakwa menetak, menculik dan membuang mayat mangsa di tepi jalan berhampiran kawasan Batu Gajah, di sini,” katanya.

- Info PDRM

[GAMBAR] Anak Derhaka Tinggalkan Ibu Dikandang Babi, Sedangkan Mereka Tinggal di Rumah Mewah

$
0
0
[GAMBAR] Anak Derhaka Tinggalkan Ibu Dikandang Babi, Sedangkan Mereka Tinggal di Rumah Mewah | Benar-benar anak durhaka seorang anak China boleh dikatakan anak durhaka kerana telah meninggalkan sang ibu dan membiarkan orang yang melahirkannya tersebut dalam kandang babi. Sungguh ini sangat mengharukan dan durhaka, bagaimana boleh seorang anak dapat berlaku seperti itu kepada ibunya sendiri yang sudah tua.
 
[GAMBAR] Anak Derhaka Tinggalkan Ibu Dikandang Babi, Sedangkan Mereka Tinggal di Rumah Mewah

Chen Shoutian, lelaki di Guanyun County, Wilayah Jiangsu, menjadi bualan di media sosial China lantaran dia sanggup membiarkan ibunya tinggal di kandang babi. Padahal, ibunya itu sangat tua, usianya sudah 100 tahun. Diberitakan Telegraph minggu, komen pedas terhadap Chen bermula dari sebuah tayangan di televisyen tempatan. Dalam tayangan itu, disebutkan bahawa ibunya yang tidak disebutkan namanya itu telah tinggal dua tahun bersama-sama babi-babi.

Ibu malang yang lahir pada masa runtuhnya Dinasti Qing ini menggunakan tumpukan jerami sebagai tempat tidurnya. Ibu lapan anak itu mengaku senang dan kerasan tinggal di kandang babi yang bau dan dikerumuni lalat. "Ia memang ingin tinggal di sini kerana katanya selesa," kata Chen berdalih. Kepada stesen televisyen tempatan tersebut, Chen mengatakan tidak ada ruangan lagi di rumah dia. Padahal, ada enam bilik di dalam rumahnya. "Saya sebenarnya tidak keberatan dia tinggal di sini," kata Chen.

"Apakah yang mengaku 'manusia' sanggup melakukan hal ini? Harusnya dia dapat merasakan hari-hari bahagia selepas 100 tahun bekerja keras," kata seorang pengguna Weibo. Seorang kerabat Chen yang berkunjung ke kandang babi itu mengaku tidak kuat. "Sangat bau, bau sekali sampai saya tidak masuk," kada Liu Zhanbing, cucu ibu tersebut.

Gu Yuqing, putri nenek malang ini mengaku sudah cuba meyakinkan ibundanya untuk hengkang dari kandang babi tersebut. Namun, dia sukar meyakinkannya kerana ibunya mengaku kerasan. "Banyak lalat dan nyamuk di musim panas dan ibu saya tinggal di situ. Sangat menyakitkan hati saya. Dia sangat tua, dan tinggal dengan babi! Bagaimana kami tidak sedih?" kata Gu.-www.utaranews.com

Lagi Kes Tembakan Di Temerloh | Ditemui Mati Dengan Tujuh Kesan Tembakan Di Kepala Dan Badan

$
0
0
Lagi Kes Tembakan Di Temerloh | Ditemui Mati Dengan Tujuh Kesan Tembakan Di Kepala  Dan Badan | Temerloh: Seorang lelaki ditemui mati dengan tujuh kesan tembakan termasuk dua di kepala dalam kejadian di Kampung Buntut Pulau, di sini, kelmarin.

gambar-kes-bunuh-di-temerloh.jpg
Gambar Hiasan
Mayat mangsa, Abd Majid Abd Rahman, 47, beralamat di Taman Setia, di sini, yang juga seorang penjual ikan ditemui orang awam di kawasan pam pasir kampung berkenaan jam 9.05 malam sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat dan meninggal dunia akibat tembakan di kepala dan dada.

Katanya, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan penemuan itu dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini, untuk bedah siasat.

Beliau berkata, hasil bedah siasat dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia akibat terkena tujuh das tembakan iaitu dua di kepala, dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan.

“Isteri mangsa memaklumkan suaminya keluar dari rumah mereka pada 18 Ogos (Ahad) lalu.

“Dia (isteri) kemudian mencari suaminya itu dan menemui kereta jenis Proton Perdana milik mangsa di kawasan pam pasir itu pada 21 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Zakaria berkata, isteri mangsa kemudian membuat satu laporan polis berhubung kehilangan Abd Majid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada hari sama sebelum mayat mangsa ditemui malam kelmarin.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- Terengganu Today

Anak Derhaka Dan Tidak Mengenang Budi | Berpakat Dengan Rakan Untuk Merompak Rumah Ibunya Sendiri

$
0
0
Anak Derhaka Dan Tidak Mengenang Budi | Berpakat Dengan Rakan Untuk Merompak Rumah Ibunya Sendiri | Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun tergamak melakukan jenayah dengan mengajak rakannya untuk merompak rumah ibunya sendiri di Taman Tanjung Indah, Batu Pahat.

Anak Derhaka Dan Tidak Mengenang Budi | Berpakat Dengan Rakan Untuk Merompak Rumah Ibunya Sendiri
 
Remaja yang tidak bersekolah dan dikatakan telah lari dari rumah ibunya sebelum ini, mengajak tiga rakannya untuk memecah masuk kediaman ibunya yang berstatus ibu tunggal dan bekerja di sebuah kilang.

Dua daripada rakannya itu juga remaja lelaki keciciran sekolah berusia 15 dan 17 tahun, manakala seorang lagi berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, kesemua mereka menetap di Gelang Patah, Johor Bahru.

Mereka memecah masuk rumah wanita berusia 42 tahun itu pada 1 Julai lalu tetapi kecekapan pihak polis berjaya mengesan kesemua suspek yang ditahan secara berasingan pada 15 Julai di sekitar Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa membuat laporan rumahnya dipecah masuk setelah menyedari mangga pintu gril hadapan rumahnya dipotong dan kehilangan wang tunai RM5,000 serta sebuah komputer riba jenama Acer.

Ketika kejadian, mangsa tiada di rumah dan hanya menyedari kejadian itu sebaik sahaja pulang bekerja pada pukul 7.40 petang.

“Hasil siasatan polis, semua wang tunai yang dicuri dibahagikan sama rata manakala komputer riba mangsa dijual di sebuah kedai komputer di pusat beli-belah di Plentong, Johor Bahru,” katanya.

Suspek yang berusia 42 tahun dikatakan mengambil semua wang hasil jualan komputer riba itu bernilai RM2,500, berdasarkan penemuan resit jualan di kedai komputer tersebut.

Din berkata, anak mangsa yang ditahan di sebuah restoran di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru mengaku menjadi perancang dan terlibat dalam jenayah pecah masuk rumah itu manakala tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah.- Wowberita.org

[VIDEO] Nasib Malang Si Penyamun Di Campak Keluar Tingkap!!!, SAKSIKAN

$
0
0
[VIDEO] Nasib Malang Si Penyamun Di Campak Keluar Tingkap!!!, SAKSIKAN | GAGAL merompak satu hal, digagalkan pula dengan cara yang amat memalukan satu hal lain.

[VIDEO] Nasib Malang Si Penyamun Di Campak Keluar Tingkap!!!, SAKSIKAN

Inilah yang berlaku di Brazil terhadap seorang penyamun malang.

Dalam kejadian yang direkodkan ini, penyamun pertama memasuki sebuah kiosk untuk mencuri sementara penyamun kedua menunggu di luar di atas motosikal.

Mengikut perancangan mereka, sebaik sahaja rompakan berjaya maka penyamun pertama akan bergegas keluar lalu beredar secepat mungkin dengan rakannya itu.

Tapi apa yang berlaku, penyamun pertama ‘dikeluarkan’ dari kiosk tersebut dengan cara dilempar melalui tingkap dan ini mengejutkan rakan yang sedang menunggu di luar hingga dia terus memecut laju motosikalnya.

Kalau lepas itu masih tak insaf dan tetap gigih hendak menyamun, tak tahulah nak cakap apa. – MyNewsHub
 

[VIDEO] Ngeri Tubuh Hancur Dikisar Mesin Tandan Kelapa Sawit | Kisah Yang Menyayat Hati

$
0
0
[VIDEO] Ngeri Tubuh Hancur Dikisar Mesin Tandan Kelapa Sawit | Kisah Yang Menyayat Hati | Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit di sebuah kilang di Kampung Padang Gajah, Taiping semalam. Lebih malang, mayatnya terpaksa diangkat dan dimasukkan ke dalam beberapa beg plastik kerana keseluruhan badannya hancur.

gambar-mayat-yang-menggerikan.jpg

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, mangsa, Shuhaimi Mohamad Ariffin, 38, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dipercayai telah menutup suis mesin berkenaan untuk dicuci.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba mesin berkenaan bergerak dan menyebabkan mangsa tergelincir lalu jatuh ke dalam mesin tersebut.

“Hanya mangsa berada di dalam kilang ketika kejadian sebelum disedari rakan sekerja mangsa yang berada di luar kilang yang mendengar jeritannya,” katanya.

Yusof berkata, difahamkan seorang pekerja warga Bangladesh cuba memberhentikan mesin untuk menarik mangsa keluar tetapi gagal.

Beliau berkata, mayat mangsa dikeluarkan pasukan jabatan bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan.

Difahamkan, anggota bomba mengambil masa satu jam untuk keluarkan mayat mangsa yang hancur dalam mesin berkenaan.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Azimi Mohamad Ariffin, 39, berkata, dia hanya mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa adiknya itu pagi tadi (semalam) selepas dimaklumkan penduduk kampung.

“Saya terus ke tempat kejadian untuk melihat keadaan adik, namun dia tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan parah di seluruh badan,” katanya. My Metro

Kegilaan Apakah Ini? | [GAMBAR] Gay Melayu Muat Naik Gambar Bercumbu Di Facebook

$
0
0
Kegilaan Apakah Ini? |  [GAMBAR] Gay Melayu Muat Naik Gambar Bercumbu Di Facebook | Kebangangan remaja Malayu zaman sekarang ni makin menjadi-jadi, ada yang secara terang-terangan mengaku diri mereka gay! sampai ada yang memuat-naik gambar bercumbu-cumbuan dengan pasangan yang juga seorang lelaki.

Kalau dahulu tidaklah kita lihat remaja-remaja gay ini mengaku secara terang-terangan, tetapi sekarang, mereka bukan sahaja secara terang-terangan melakukan perbuatan terkutuk tersebut, tetapi juga merasa bangga.

Apakah ini kesan daripada modenisasi yang melampau? ramai remaja Melayu kita terjebak dengan gejala ini, dan semakin hari, semakin teruk.


gambar-gay-melayu.jpg


Sumber: http://onenewshub.blogspot.com

Diserang 20 Lelaki Samseng, Ibu Terbunuh Ditetak | Berita Yang Menyedihkan

$
0
0
Diserang 20 Lelaki Samseng, Ibu Terbunuh Ditetak | Berita Yang Menyedihkan | “Saya sudah menetap di sini hampir 28 tahun, namun ini adalah kejadian pertama yang berlaku dalam keluarga kami.”

 
Demikian luahan Thannimalai Muthu, 63, berhubung pergaduhan yang berlaku di hadapan rumahnya, malam kelmarin, dekat Ladang Bukit Lembu yang menyebabkan isterinya, Kalyani Krishnan, 57, maut.

Menurutnya, keluarganya diserang sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam sebelum menetak tiga mangsa sementara isterinya ditembak hingga menemui ajal.

Suspek dianggarkan kira-kira 20 orang menggunakan motosikal dan menaiki kereta menyerang seorang mangsa di hadapan jalan besar dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan.

Seorang lagi lelaki yang cuba membantu turut ditetak apabila penjenayah melepaskan tembakan ke arah keretanya sehingga terbabas ke pintu pagar sekolah.

Lelaki itu kemudian ditarik keluar oleh penjenayah sebelum ditetak.

Difahamkan, semasa anak lelaki mangsa, Kathiraven, 23, lari pulang ke rumah, Kalyani cuba menghalang penjenayah dari terus menyerang namun cubaannya gagal apabila ditembak.

Kejadian turut menyebabkan beberapa kerosakan lain, termasuk kemusnahan harta benda apabila beberapa motosikal dirosak dan dibakar selain beberapa kereta memasuki kawasan rumahnya turut dirosakkan.

Menurut Thannimalai, isterinya seorang penoreh getah sementara dia baru sahaja pencen dari melakukan pekerjaan itu dan tidak pernah mengganggu atau bermusuhan dengan sesiapa.

“Kami juga bukan jenis orang yang banyak harta namun tidak sangka boleh menjadi sasaran penjenayah,” katanya.

Sedang bersembang di luar rumah

“Ahli keluarga mangsa dan jiran semua sedang bersembang di luar rumah secara tiba-tiba nampak dari jauh sekumpulan lelaki sedang menuju ke arah rumah dalam kejadian jam 11 malam.

“Pada masa sama ada yang menjerit supaya masuk ke dalam rumah sebelum terdengar beberapa das tembakan ke udara yang dilepaskan ahli kumpulan terbabit,” demikian luahan jiran mangsa M Munniammal, 42.

Bagaimanapun, katanya, tembakan seterusnya mengenai pipi Kalyani Krishnan, 57, yang ketika itu cuba menghalang ahli kumpulan tersebut dari terus menyerang anak lelaki mangsa.

Akibat tembakan itu, Kalyani rebah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Anak mangsa serang jiran, rosakkan kereta, van

Seorang jiran yang mahu dikenali sebagai Subramaniam, 58, berkata, sebaik penjenayah melarikan diri dari lokasi kejadian, anak si mati terus meluru ke arah rumahnya sambil menjerit kenapa tidak sama-sama membantu menyelamatkan keadaan.

“Selepas marah kepada jiran, mereka terus merosakkan sebuah kereta dan van yang di parkir dalam rumah saya sehingga menyebabkan kerosakan,” katanya.

Tidak Kisah Di Ban TV Kerana Faktor Politik | Rezeki Faizal Tahir Makin Mencurah

$
0
0
Tidak Kisah Di Ban TV Kerana Faktor Politik | Rezeki Faizal Tahir Makin Mencurah |  KUALA LUMPUR : Isu penyanyi Malaysia, Faizal Tahir diban oleh sebuah stesen televisyen (bukan kerajaan) sedikit pun tidak merungsingkan figura ini. Malah, Faizal yang mula melakar kejayaan dalam industri hiburan dengan lagu Mahakarya Cinta mengaku bahawa rezekinya semakin murah semenjak isu ini dibangkitkan dan menjadi bualan ramai.

gambar-penyanyi-faizal-tahir.jpg

“Syukur Alhamdulillah, kes tersebut sedikit pun tidak mengacau periuk nasi saya. Malah, saya masih lagi banyak menerima undangan persembahan. Saya tahu orang yang berbuat demikian terhadap saya. Apapun, dek kerana itu, saya tidak muncul dalam mana-mana program raya tahun ini.

“Saya hanya muncul dalam iklan Watson yang menampilkan lagu raya baru dari saya. Perkara ini terjadi apabila saya sedari, setiap kali rakaman yang melibatkan saya dengan stesen TV tersebut, pastinya ia akan dibatalkan last minute,” katanya yang ditemui pada majlis rumah terbuka Johara Pagi Era.

Menjelaskan mengenai pendekatan yang dilakukannya apabila meminta pandangan darupada peminatnya sendiri terhadap pembikinan album barunya, Faizal memberitahu, idea tersebut datang daripadakehendaknya sendiri.

“Saya yang pilih pendekatan tersebut. Sebelum ini, saya sering berkarya sendiri. Jadi, sekarang ini sudah tiba masanya untuk saya meminta pendapat dan pandangan bernas dari peminat.

“Peminat akan rasa lebih dihargai dan peminat jugalah yang menyokong karier seseorang penggiat seni seperti saya,” ujarnya. – Murai

Kerana Nampak Polis Pakwe Lari Tinggalkan Kekasih Yang Terhumban Dalam Semak !!!

$
0
0
Pakwe Lari Tinggalkan Kekasih Yang Terhumban Dalam Semak Lepas Nampak Polis! - KULIM : Gara-gara takut ditahan polis, seorang pemuda berusia 20-an yang bekerja sebagai seorang mekanik sanggup meninggalkan teman wanitanya di dalam hutan setelah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mereka terbabas. 
Kerana Nampak Polis Pakwe Lari Tinggalkan Kekasih Yang Terhumban Dalam Semak !!!
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam di Jalan Batu Empat, Sungai Ular ketika Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim membuat pemeriksaan rambang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, suspek dilihat menunggang dalam keadaan laju bagaimanapun memperlahankan motosikalnya apabila menghampiri polis. Menyedari ramai kalangan penunggang motosikal ditahan, suspek kemudiannya melarikan diri ke kampung berdekatan sebelum diburu polis.

“Suspek cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal dalam kawasan ladang getah. Bagaimanapun taktik digunakannya itu memakan dirinya sendiri apabila motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas.

“Suspek tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya bangun dan melarikan diri dalam hutan berdekatan tanpa menghiraukan kekasihnya yang terhumban ke dalam semak.

“Walaupun dipanggil beberapa kali oleh kekasihnya, suspek tetap melarikan diri. Teman wanita suspek dan motosikal ditunggang mereka kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut kekasih suspek yang berusia 21 tahun dan bekerja di sebuah kedai roti itu, dia mengenali lelaki itu setahun lalu dan sekarang tinggal bersama ibu suspek di Terap.

Katanya, disebabkan dia berhadapan dengan masalah keluarga selain mahu selalu bersama teman lelakinya itu, wanita terbabit mengaku sering melakukan hubungan seks dan hidup bersekedudukan bersama kekasihnya.

Polis kemudiannya menghubungi keluarganya dan meminta datang ke Balai Polis Kulim untuk membawanya pulang ke rumah.

Ibunya ketika ditemui berkata, anak perempuannya memaklumkan kepadanya dan suaminya bahawa dia tinggal bersama seorang rakan perempuan di Kampung Siam dan tidak tahu langsung akan perlakuan buruk dilakukan anaknya itu selama ini.

“Dia tak mahu tinggal dengan keluarga kerana nak bebas. Dia bukan ada pelajaran tinggi, setakat darjah enam sahaja. Kali pertama dia menikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya bercerai.

“Kami sudah menasihatinya tetapi dia tidak mahu dengar. Kehidupan kami memang tidak mewah kerana bapanya hanya bekerja sebagai penoreh getah. Dulu lelaki itu (suspek) memang berhajat hendak meminang anak kami, bagaimanapun majlis itu dibatalkan kerana dia maklumkan kepada kami dia tak ada duit. Saya tahu dia cuma nak main-main kerana anak kami ni janda,” katanya.

Ghuzlan meminta pemilik motosikal Modenas Kriss yang ditahan untuk datang IPD Kulim. – SINAR HARIAN

Alamak!!! Gay Melayu Buat Video laa Plak, Nak Termuntah pun Ada

$
0
0
Alamak!!! Gay Melayu Buat Video laa Plak, Nak Termuntah pun Ada | Terkejut beruk aku dengan video ini yang kini tengah panas tersebar kat Facebook, aish apa nak jadi dengan Bani Melayu nie nak jadi macam Kaum Nabi Luth kaa yang dilaknat Allah. Jangan kerana segelintir orang macam kamu Allah turunkan bala bencana kena pada semua orang.

Kepada pihak berkuasa terutama Jabatan Agama sila ambil serius masalah ini, bagi aku kalau dah post kat Facebook dan buat Video dan upload kat Youtube nie dah kes parah. Ambill Perhatian sikitt..

Kepada 2 Bani Melayu dalam Video ini, kalau terbacalah post aku kat blog Cap Ayam aku nie, baliklah kepangkal jalan, kalau x malu pada diri sendiri pun malulah kat Mak Bapak mu, Adik beradik dan seluruh keturunan mu terutama Bani Melayu..Aku bukanlah niat untuk mengaibkan mu, tapi kalau dah terang-terang bikin video dan upload dalam youtube apa cerita....

baca lagi ( klik )


[VIDEO] Yang Menyedihkan Bapa Meraung Lihat Anak Diracun Tentera Bashar Al Assad | Syria Terkini

$
0
0
[VIDEO] Yang Menyedihkan Bapa Meraung Lihat Anak Diracun Tentera Bashar Al Assad | Syria Terkini |  Seperti satu dunia maklum, peperangan yang melanda Syria kini melibatkan jenayah perang antarabangsa apabila senjata kimia atau gas beracun dilepaskan untuk membunuh.

[VIDEO] Yang Menyedihkan Bapa Meraung Lihat Anak Diracun Tentera Bashar Al Assad | Syria Terkini

Antaranya insiden pada Rabu lepas di Damsyik, bila mana hampir 2,000 orang terbunuh dalam serangan senjata kimia di saat dunia sedang memberikan tumpuan pada Mesir.

Mangsa yang paling terjejas dalam serangan ini adalah golongan wanita dan kanak-kanak yang jauh lebih lemah berbanding lelaki, hinggakan ramai menjadi korban serta merta.

Meskipun media tempatan Syria dan Barat mendakwa serangan dilakukan rakyat yang ingin menggulingkan rejim Basyar manakala rakyat pula mendakwa sebaliknya, peperangan sentiasa sinonim dengan kesedihan dan penderitaan akibat kehilangan orang tersayang.

Video ini memaparkan bagaimana seorang bapa meraung apabila melihat dua anaknya yang masih kecil kaku tidak bernyawa kerana menjadi mangsa dalam serangan gas beracun tersebut.

Sangat meruntun hati namun apakan daya, kita di sini hanya mampu mendoakan semoga peperangan segera berakhir dengan kemenangan tertegak di pihak yang benar. 

Gila Apa!!!! 2 lelaki Berkongsi Isteri Siap Buat Perjanjian Bertulis | Dunia Akhir Zaman

$
0
0
Gila Apa!!!! 2 lelaki Berkongsi Isteri Siap Buat Perjanjian Bertulis | Dunia Akhir Zaman | Nairobi : Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.

Gila Apa!!!! 2 lelaki Berkongsi Isteri Siap Buat Perjanjian Bertulis | Dunia Akhir Zaman
 
Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.

Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.

Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.

“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.

Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.

Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku. – Agensi

VIDEO Penangkap Peragut Yang Berlagak Hero Apabila Dirakam Rakannya !!

$
0
0
VIDEO Penangkap Peragut Yang Berlagak Hero Apabila Dirakam Rakannya !! |  Kita memang memuji dan memberi penghargaan kepada orang ramai yang membantu anggota polis membanteras jenayah jalanan paling utama, jenayah ragut.

VIDEO Penangkap Peragut Yang Berlagak Hero Apabila Ditangkap Rakannya !!

Agak sukar untuk anggota polis memantau keseluruhan kawasan memandangan kejadian ragut biasanya terjadi di kawasan terpencil dan kesanggupan orang ramai membahayakan diri mengejar dan memberkas penyamun dan peragut.

Tetapi!!

Lelaki dalam video yang dimuatnaik oleh Malaysia Crime Awareness Campaign di laman Facebooknya ini tidak wajar dicontohi.

Menurut keterangan dalam video berkenaan, seorang peragut telah berjaya diberkas Taman Desa Jaya, Kepong pada 26 Ogos lalu berhampiran Maybank.

Bagaimanapun, waktu kejadian tidak dimaklumkan.

Cuba perhatikan seorang lelaki yang memegang helmet dan tersenyum macam “kera kena belacan” di depan kamera yang dipegang rakan-rakannya.

Kejikan perbuatan dia, cuba memastikan visual dia menendang dan membelasah peragut tu dapat dirakam dan direkodkan untuk menunjukkan dia konon-konon herolah.

Kita tidak berniat nak bagitahu mana yang betul, mana yang salah kerana kita rasa semua orang dah tahu prosedur bila menahan seseorang suspek yang melakukan jenayah.

Cukuplah sekadar menahan dan menyerahkannya pada pihak berkuasa. Kalau pun terpaksa menggunakan kekerasan, cukup sekadar hendak mempertahankan diri atau bagi mengelakkan suspek melarikan diri.

Bukan apa, takut daripada orang nak puji, bertukar jadi menyampah pulak. Kalau suspek dalam video ni mati pulak, siapa nak bertanggungjawab? – MyNewsHub

Surau Diroboh Akhirnya!!

$
0
0
Surau Kontroversi Diroboh - KOTA TINGGI : Kontroversi sebuah surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar di sini yang mencetuskan kemarahan penduduk kerana membenarkan penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan dirobohkan semalam.

Surau Diroboh Akhirnya
 
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, surau tersebut dirobohkan oleh pemilik pusat peranginan itu sendiri.

“Kerja-kerja meroboh surau dimulakan dengan membuka bumbung diikuti dengan struktur utama bangunan termasuk kerja-kerja mencabut dan meleraikan sistem pendawaian elektrik,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, kerja-kerja merobohkan surau yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu terpaksa ditangguhkan pada pukul 3 petang semalam kerana hujan dan akan disambung semula hari ini.

“Surau tersebut sudah 80 peratus dirobohkan dan saya yakin isu ini sudah selesai,” kata beliau.

Pada 12 Ogos lalu, beberapa akhbar mendedahkan klip video yang tersebar melalui Facebook mengenai aktiviti sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di surau tersebut.

Pendedahan tersebut mencetuskan kemarahan pelbagai pihak sehingga seorang rakyat Singapura yang merupakan pemilik pusat peranginan itu dilucut taraf pemastautin tetap (PR) oleh Kementerian Dalam Negeri. – Kosmo
Viewing all 669 articles
Browse latest View live