Quantcast
Channel: Kaki Sembang
Viewing all 669 articles
Browse latest View live

Bunuh Isteri Dan Muat Naik Gambar Di Facebook | Suami Yang Kejam

$
0
0
Bunuh Isteri Dan Muat Naik Gambar Di Facebook | Suami Yang Kejam | - LAMAN sosial Facebook kini sudah mencapai tahap “perkongsian maklumat melampau” lebih dari sekadar berkongsi status, gambar makanan atau aktiviti harian tetapi berkongsi saat kematian. 
 
Bunuh Isteri Dan Muat Naik Gambar Di Facebook


Itulah yang dilakukan suami durjana Derek Medina yang menembak isterinya kemudian memuatnaik gambar mayat isterinya di atas lantai ke laman Facebooknya.

Lelaki itu juga memuatnaik pengakuan rasminya membunuh isterinya, Jennifer Alfonso.

Dia dihadapkan di hadapan Hakim Miami Maria Elena Verde sehari selepas kejadian itu. Dilihat berpakaian pakaian berwarna hitam seperti pesakit mental atau tahanan kes bunuh, dia diperintahkan untuk ditahan tanpa bon.

Dia bakal menghadapi hukuman mati jika disabitkan kesalahan atas tuduhan membunuh darjah pertama.

Derek, 31 tahun, mengejutkan rakan Facebooknya apabila dia memuatnaik pengakuan bahawa dia baru sahaja menembak isterinya yang berusia 26 tahun itu.

Dia mendakwa isterinya itu, kerap menumbuk dan menderanya secara fizikal. – MyNewsHub





Tulisan Celupar Dan Bercelaru Dari Akhbar Utusan Kerana Menggelar Ikhwan Muslimin Sebagai Pelampau | ISMA Gesa Laporan Itu Ditarik balik

$
0
0
Sungguh bercelaru dan biadap akhbar Nasional Malaysia menggelar Ikhwan sebagai pelampau, dan kita tengok akhbar ini seolah-olah tidak mempedulikan keganasan dan pembunuhan besar-besaran oleh tentera, samseng upahan As Sisi Laknatullah dan hanya mendengar disebelah pihak sahaja. Di mana etika kewartwanan mereka, di mana hati perut mereka..Semoga Allah memberi hidayah kepada penulis dan penerbit akhbar ini.

BANGI, 18 Ogos – Ikatan Muslimin Malaysia menggesa akhbar Utusan agar menarik balik satu laporan berita yang disiarkan dalam akhbar itu hari ini yang mengatakan gerakan Ikhwan Muslimin sebagai pelampau yang menjadi punca pergolakan Mesir. 
Akhbar Utusan Menggelar Ikhwan Muslimin Sebagai Pelampau
Sila Klik Untuk Besarkan
Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman berkata, laporan itu disifatkan sebagai laporan yang berat sebelah dan tidak benar sama sekali.

Beliau juga menggesa agar Utusan dan media tempatan lain lebih berhemah dalam membuat laporan dan tidak hanya berpandukan kepada laporan berita agensi-agensi berita barat sahaja.

Hari ini akhbar Utusan menyiarkan satu laporan agensi berita yang bertajuk ‘Pelampau punca Mesir bergolak’ yang memetik kenyataan penasihat Presiden sementara Mesir, Mostafa Hegazy yang merujuk gerakan Ikhwan Muslimin yang menyertai perhimpunan pro Morsi sebagai pelampau.

Berita itu disiarkan di muka surat 20 dan juga di Utusan Online.

Sebaliknya media baru seperti facebook dan twitter pula mendedahkan keadaan sebenar kekejaman tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak bersalah namun ia tidak mendapat liputan media arus perdana tempatan dan antarabangsa.

Maksud Simbol Empat Jari Yang Jadi Fenomena Facebook

$
0
0
R4BIA |Simbol Rabaah jadi fenomena di facebook, apa maksud Rabaah?


Rabaah | R4BIA | Simbol empat jari

Rabaah yang mmbawa maksud Empat. Asal dari perkataan nombor arab Arbaah. Di Mesir Medan yang digunakan untuk berhimpun selepas tentera merampas kuasa adalah di hadapan Masjid Rabiatul Adawi'ah iaitu di Medan Rabaah.

Di Mesir kebanyakkan tempat atau daerah menggunakan istilah nombor dan mereka menggunakan simbol isyarat jari dalam urusan seharian terutama dalam pengangkutan awam. 
Sebagai contoh Hayyu Asyir (Daerah 10) , Hayyu Sabiek (Daerah 7) biasanya guna simbol peace V, Hayyu Sadis (Daerah 6), Hayyu Thamin (Daerah biasanya guna simbol atau isyarat V terbalik dan lain-lain lagi.

R4BIA | Recep Tayyip Erdogan

Simbol ini juga dipopularkan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan.

SUMBER

Strategi Syiah Di Malaysia Dengan Gagasan 20 TAHUN Mereka [2005-2025] | Moga Allah Mengagalkan Rancangan Mereka

$
0
0
Strategi Syiah Di Malaysia Dengan Gagasan 20 TAHUN Mereka [2005-2025] | Moga Allah Mengagalkan Rancangan Mereka | Syiah di Malaysia begitu kepanasan, segala kegiatan dan tipu muslihat mereka telah dibukakan hijabnya oleh Allah SWT. Di pihak kerajaan atau pun pembangkang mereka sudah tiada tempat, asalnya mereka menyusup masuk dalam gerakan NGO dan Parti Politik atas nama keadilan dan membela rakyat tetapi sekarang helah mereka telah terdedah. kejadian di Syria menunjukkan niat sebenar mereka dan disebalik kekacauan di Mesir adalah disebabkan tangan-tangan mereka,mereka merancang Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan Adalah ketentuan Allah..

Strategi Syiah Di Malaysia Dengan Gagasan 20 TAHUN Mereka [2005-2025]

Ini adalah satu info yang dikongsikan seseorang tentang Strategi Syiah Di Malaysia mulai gagasan 20 tahun mereka 2005 – 2025 :-

1. Masuk ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti Pas, Abim, Jim, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkan dari dalam.

2. Mereka masuk kedalam parti politik Ummat Islam seperti Pas, UMNO , PKR dan lain lain untuk menjadi pemimpin dan sekaligus mencetuskan merekrut pengikut mereka dijadikan syiah.

3. Mereka menggunakan tarekat seperti tarekat ahlu bait, menyamar atas nama keluarga Rasulullah saw sebelah Saidina Ali untuk rekrut syiah.

4. Mereka masuk dalam pertubuhan berbaiah seperti Pekida, Al Ehsan, Batas , Simpang 3, Majlis Sabilillah dan seangkatan untuk tujuan yang sama, sama ada merekrut ahli atau mengahncurkan jamaah dari dalam.

5. Mereka akan gunakan kuasa politik , rapatkan dengan Perdana Menteri malaysia, menteri -menteri, rapat dengan Menteri Besar Selangor, Kelantan, dan ex MB kedah bagi tujuan perlindungan politik mereka agar mereka dapat back up.

6. Mereka Syiah laknatullah menyusup masuk ke dalam PDRM dan ATM untuk merekrut seramai mungkin polis dan askar untuk masuk syiah laknatullah.

7. Mereka mengunakan perniagaan seperti perniagaan air,makanan dan lain untuk dana dan kewangan syiah.

8. Mereka telah memanggil ramai rakyat Iran Syiah untuk masuk belajar dan bekerja di malaysia, dan mereka cuba sEkang kahwinkan lelaki Syiah Iran dengan wanita Islam malaysia, mereka masuk dengan cara macam tu melalui belajar dan perkawinan.

9. Mereka masuk dalam pertubuhan pertubuhan amal berbilang bangsa dan kaum untuk merekrut syiah

10. mereka akan rapat dengan mahasiswi mahasiswa Islam di seluruh IPTA dan IPTS untuk bawak masuk Syiah dengan cara 9 di atas.

Sumber: #Kajian semasa dari Pengerusi Majlis Pekerja -Pekerja Profesional Islam Malaysia PRO-Islam..

Konsert Metallica Live In Malaysia [21 August 2013] Stadium Merdeka Kuala Lumpur | Di Manakah Sensitiviti Penganjur Dikala Umat Islam Sedang Menderita Di Mesir!!!

$
0
0
Konsert Metallica Live In Malaysia [21 August 2013] Stadium Merdeka Kuala Lumpur | Di Manakah Sensitiviti Penganjur Dikala Umat Islam Sedang Menderita Di Mesir!!! | Hari Rabu ini satu kumpulan Rock Heavy Metal yang di bentuk pada tahun 1981 di Los Angeles Amerika Syarikat dan merupakan Kumpulan Legenda dalam dunia muzik Rock dunia. Kumpulan Metalicca juga telah menerbitkan 9 album sepanjang penglibatan kumpulan ini di dalam dunia muzik, perggh aku peminat diaa beb.

Sebenarnya aku adalah salah seorang peminat tegar kumpulan ini, dan merupakan ikon dan ikutan semasa dibangku sekolah, sebenarnya tidak salah untuk mendengar muzik ini tetapi kena tahu lirik dan batasan agama itu sendiri. Pada hari rabu ini kumpulan Metalicca akan ke Kuala Lumpur dan mengadakan satu konsert di Stadium Merdeka.

Penganjur program ini iaitu Galaxy group Sdn Bhd telah menjual tiket awal dan kebanyakan tiket yang dijual sudah Sold Out, tiket-tiket bukan murah beb, tiket mencecah RM 615 hinggit dan kebanyakan semuanya sudah habis dijual, dan ramai kawan-kawan aku sanggup cuti untuk ke sana rabu ini.

Konsert Metallica Live In Malaysia [21 August 2013] Stadium Merdeka Kuala Lumpur

Amacam Brother sewaktu umat Islam menderita di Mesir kita boleh mengadakan konsert sedemikian rupa, dimanakah sensiviti kita. Bukan aku cemburu tapi sekadar menghormati dan merasakan kesedihan penderitaan saudara kita di Mesir. Sewaktu kita sedang bersuka ria, saudara kita di bunuh tidak kah gilaa!!.. Sepatutnya kerajaan harus sensitif dalam menangani perkara ini, mana Ulama Muda Kamu?, Mana Mufti ?, Mana JAKIM ?. Di manakah mereka sewaktu golongan muda seperti aku memerlukan mereka. Adakah mereka diperlukan sewaktu pilihanraya sahaja untuk memberi fatwa bahawa Haram menyokong lawan mereka!!!..Biadap sungguh merekaa!!..

Nah ini surat dari Seorang Pemuda Batu Pahat Untuk Menteri

Surat Terbuka Kedua untuk Menteri Belia Dan Sukan

Salam buat YB, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan salam untuk kita sama-sama kekalkan semangat Syawal. Kita sesama muslim dan kami pasti YB tahu batas-batas sebagai seorang muslim, itu harapan kami.

Kami ulangi, YB telahpun dinaikkan oleh Allah swt ke jawatan Menteri Belia yang mana di dalam kerajaan yang baru mendapat mandat ini YB adalah orang yang memegang amanah dan bertanggungjawab membentuk belia-belia dalam negara ini menjadi generasi berguna, acuan sekarang di tangan YB dan YB mampu mencorak warna putih ataupun warna hitam, “up to you”.

Pada 21 Ogos 2013 dikatakan Kumpulan Rock Keras iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka yang mana tiket telah dibuka jualannya pada Sabtu, 13 Julai 2013 iaitu hari keempat Ramadhan. Saya melihat YB merasa teruja dan gembira apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB “…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita Singapura..” kenyataan itu sangat bahaya buat kami sebab cara hidup ahli kumpulan tersebut jauh tersasar daripada manusia normal dan bayangkanlah bagaimana anak muda kita menjadi cara hidup mereka sebagai ikon?.

Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?.

Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini cukup memaksa kami menyatakan pendirian, apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?

Hari-hari di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala sosial dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah sebesar-besar jenayah, hari ini isu bunuh bersenjata api pula, isu-isu tersebut berlaku di Malaysia bukan Singapura tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB yang dibayar gaji oleh rakyat.

YB,

Mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band kami ulangi sekali lagi pendirian kami membantah sekeras-kerasnya keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negara ini akan lebih parah serta selepas ini kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak lagi dana untuk membasmi jenayah yang akan semakin kronik.

Ahmad Nazri Khamis

Penyanyi  (1) ABC Band

Batu Pahat, Johor

Inilah Antara Perangai Buruk Rakyat Malaysia, Mementingkan Diri Sendiri | Tapau Makanan Di Rumah Terbuka [Gambar]

$
0
0
Inilah Antara Perangai Buruk Rakyat Malaysia, Mementingkan Diri Sendiri | Tapau Makanan Di Rumah Terbuka [Gambar] |  Ini lah perangai rakyat Malaysia yang aku lihat daripada kecil sampai sekarang, aku nak cerita sikit pengalaman aku di Masjid Besi semasa berbuka puasa pada bulan puasa baru-baru nie, kalau kat Masjid Besi dia makan secara buffet dan setiap lauk tu adalah orang yang jaga. Kebetulan pada hari tu staff x cukup jadi tiadalah orang jaga lauk pauk, nak dijadikan cerita manusia-manusia yang tidak ada hati perut yang beratur awal dia ambil lauk x ingat dunia sehingga penuh pinggan,  ramai orang yang tidak dapat makanan untuk berbuka pada hari tu, Sedih jangan cerita laa, bukan sebab aku x leh makan tapi budak-budak kecil x dapat makan cuma makan kurma jer...Berubah laa weii malu kak oram..

Satu lagi cerita member rumah aku kerja disatu jabatan Kerajaan, buat majlis berbuka puasa dan Jabatan tersebut jemputlah anak-anak yatim untuk berbuka bersama, kawan aku cerita staff pejabat sebelum azan dah kaut semua makanan yang disediakan sehingga tiada makanan untuk anak yatim, selepas solat Magrib anak-anak Yatim tu hendak makan tengok habis dah makanan, yang menyedihkannya makanan yang diambil oleh staff Jabatan tersebut bersepah di atas meja sehingga anak-anak yatim terpaksa makan hasil sisa mereka. Member aku balik maki-maki sebab bengang dengan manusia yang pentingkan diri sendiri nie.. berubah laa weiiii..
 
SEBELUM ini, sebuah akhbar ada melaporkan tentang tindakan memalukan segelintir orang yang tergamak ‘menapau’ makanan ketika menghadiri rumah terbuka.
 
 
Kemungkinan besar, mereka yang melakukannya kurang arif tentang konsep rumah terbuka yang diadakan bagi menjamu tetamu yang datang berkunjung bagi merapatkan ukhuwah sempena lebaran, bukan pesta makanan percuma ‘siapa cepat dia dapat’.

Kelakuan ini kurang beradab ini didapati berulang ketika majlis rumah terbuka anjuran Tun Mahathir semalam.

Terdapat pengunjung, sesetengahnya kelihatan agak berusia turut mencedok lauk pauk untuk dibawa pulang. Mungkin mereka dah terbiasa dengan majlis yasin ketika di kampung di mana makcik-makcik yang hendak pulang biasanya akan dibekalkan dengan lebihan lauk pauk selepas majlis berakhir agaknya.

Sesungguhnya ini adalah sikap yang amat memalukan, lebih-lebih lagi apabila aksi anda ketika mengaut lauk ditangkap dan beredar di laman-laman sosial. Nampak macam ‘hadap’ sangat makanan percuma gayanya.

Harap tiada lagi yang meniru perangai buruk menapau makanan rumah terbuka di musim-musim rumah terbuka sepanjang Syawal selepas ini. – MyNewsHub

Adi Putra akan menjalani Pembedahan Akibat Batu Karang [GAMBAR]

$
0
0
Adi Putra Pelakon Popular akan menjalani Pembedahan Akibat Batu Karang [GAMBAR] | Kuala Lumpur: “Keadaan Adi sekarang stabil dan perlu berehat kerana masih mengalami kesakitan. Dia menjalani pembedahan yang dijadualkan pada jam 9.30 pagi ini,” kata Aida Yusof, isteri kepada aktor popular Adi Putra.

Adi Putra akan menjalani Pembedahan Akibat Batu Karang [GAMBAR]
Pagi semalam, peminat dikejutkan dengan paparan gambar dari akaun Instagram Aida yang memuatkan gambar suaminya di dalam ambulans. Adi yang baru tiba dari Surabaya, Indonesia terus dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dan doktor mengesahkan dia menghidap kencing berdarah dan batu karang.

“Sebelum ke Surabaya, Adi sudah mengadu sakit dan sudah dibawa ke Hospital Prince Court,” katanya.

Bagaimanapun, dia terpaksa ke Surabaya kerana menjalani penggambaran video klip.
“Tetapi kemudian dia menghubungi saya dan memberitahu keadaan sakitnya semakin teruk dan terus dibawa ke hospital sebaik tiba di sini,” katanya.
Sumber: Terengganu Today

Mesir Terkini !!! Seruan DR YUSUF AL-QARADHAWI | Penahanan Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammed Badi'e

$
0
0
[Mesir Terkini] !!! Seruan DR YUSUF AL-QARADHAWI | Penahanan Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammed Badi'e | Sungguh menyedihkan berita yang baru diterima As Sisi Laknatullah telah melancarkan penangkapan beramai-ramai pimpinan Ikhawan Muslimin dan ingin mengharamkan terus Ikhwan dari bumi Mesir, serentak dengan itu DR YUSUF AL-QARADHAWI  menyeru seluruh rakyat mesir berhimpun dan meneruskan sokongan yang padu terhadap Ihwan. Moga Allah melindungi saudara kita di sana yang dizalimi...

DR YUSUF AL-QARADHAWI

Ketua Kesatuan Ulama Se-Dunia, Dr Yusuf al-Qaradhawi menyeru sekali lagi ke atas semua rakyat Mesir untuk keluar berhimpun bagi meneruskan tuntutan hak dan membantu saudara-saudara mereka.

Selain itu, beliau turut menggesa pihak luar bagi membantu untuk memberhentikan kezaliman yang berlaku di Mesir.

Beliau juga menyifatkan bahawa apa yang berlaku di Mesir khusunya di medan Rab'ah dan Nahdah adalah perkara yang tidak pernah berlaku ke atas rakyat Mesir.

Beliau juga menyeru agar semua rakyat berdoa ke atas pihak yang melakukan kezaliman agar Allah membalas segala perbuatan mereka.

Seruan ini merupakan susulan bagi seruan yang dilakukan bagi menjayakan himpunan pada 16 Ogos, Jumaat baru-baru ini.

Di akhr seruannya, beliau menyeru kepada semua umat Islam, penganut Kristian dan para ulama al-Azhar untuk keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut.

"Sesunggunya mana-mana rakyat Mesir tidak akan mati melainkan apabila tiba ajal yang telah ditetapkan." - Dr Yusuf al-Qaradhawi


Saksikan Detik-detik penangkapan Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammed Badi'e sebentar tadi. 
 

Kenaikan Tarif Baru Eletrik Dan Peminjam PTPTN Akan Disenarai Hitamkan [CCRIS] | Apa Kata Dewan Pemuda Pas Dan Pemuda UMNO Berkenaan Perkara Ini

$
0
0
Kenaikan Tarif Baru Eletrik Dan Peminjam PTPTN Akan Disenarai Hitamkan [CCRIS | Apa Kata Dewan Pemuda Pas Dan Pemuda UMNO Berkenaan Perkara Ini | Di saat kita masih di musim perayaan dan aku yakin dikala ini semua orang sudah kehabisan duit saku, kerajaan yang begitu prihatin dengan masalah rakyat telah mengumumkan satu projek yang akan dilaksanakan iaitu kenaikan tarif baru eletrik dan senarai hitamkan peminjam PTPTN. 

Apa yang aku lihat dasar kerajaan sekarang sejak dari dulu lagi mereka akan membuat kerja gila ini apabila mengetahui pilihanraya masih jauh lagi dan mereka akan memberikan berjuta-juta bantuan apabila menjelangnya PRU ( Pilihanraya ).

Dasar ini bagi kami orang muda begitu menjijikan dan seolah-olah mempermainkan golongan rakyat Marhaen, kalau kita lihat apa perlu kenaikan tarif eletrik dikala kerajaan mengumumkan keuntungan berjuta-juta ringgit setahun dan apa perlu disenarai hitamkan peminjam PTPTN dikala graduan masih terkinja-kinja mencari kerja. 

Perkara ini seolah-olah menzalimi rakyat marhaen, bagi akulah pendidikan adalah hak asasi rakyat dan sampai bila pelajar akan dijeratkan dengan hutang, kita kena ingat segala duit yang digunakan kerajaan adalah duit rakyat dan kerajaan hanya diberi amanah untuk mengawal duit tersebut. Sudah terjadi perkara yang pelik dalam Malaysia seolah-olah duit itu datang dari kantung pemerintah itu sendiri...Sedarlah kamu hai Pemerintah sebelum terlambat, selami hati dan jiwa kami orang muda.....

keratan-akhbar-kenaikan-tarif-baru-eletrik.jpg
 

CCRIS TERHADAP PEMINJAM PTPTN : SATU LAGI PROJEK MENJERUT RAKYAT
(20 Ogos 2013)
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah cadangan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai bulan ini. DPPM menganggap tindakan terbaharu kerajaan ini sebagai zalim kerana akan menggelapkan masa depan peminjam khususnya dari golongan generasi muda. Apakah ini hadiah paling berharga dan mahal bagi kerajaan terhadap rakyatnya khususnya golongan muda yang memberi undi kepada mereka dalam PRU ke 13 yang lalu?

Kerajaan bersikap tidak prihatin dan menunjukkan belas kasihan khususnya kepada golongan generasi muda. Kebanyakan anak muda pada hari ini terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dan bukan semua yang bertuah mendapat kerja. Ada kalangan graduan yang tidak bekerja tetap selama bertahun-tahun lamanya atau bekerja dengan pendapatan yang rendah dan di bawah kelayakan akademik mereka. Dengan hutang PTPTN yang masih ditanggung, mereka juga mempunyai komitmen lain seperti mahu berkeluarga, rumah, kenderaan, ibu bapa dan lain-lain yang mesti diselesaikan.

Melaksanakan sistem ini bererti menyenaraikan golongan ini sebagai senarai hitam di Bank Negara dan secara automatik peminjam tidak layak membuat pinjaman dengan bank untuk apa juga urusan seperti membeli kereta, rumah dan lain-lain lagi. Jika cadangan ini dilaksanakan, golongan muda akan lebih menderita untuk menampung kehidupan mereka yang baru bernafas di alam realiti setelah tamat pengajian.

Sepatutnya kerajaan menunjukkan jalan keluar dan bersimpati terhadap golongan muda yang sedang terkial-kial mencari kehidupan. Generasi muda perlu dipandu, dibimbing serta diberi peluang untuk meneruskan kehidupan mereka dan kaedah terbaik membayar PTPTN secara ansuran dan mengikut kadar kemampuan mereka.

Tindakan kerajaan menggunakan CCRIS berkemungkinan melanggar akta PTPTN sendiri kerana senarai hitam (blacklist) tidak diperuntukkan di bawah Akta PTPTN. Ini berbeza dengan tindakan menyekat peminjam yang gagal melunasi PTPPTN ke luar negara seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22A Akta PTPTN.

Dalam keadaan hutang syarikat gergasi yang dimiliki oleh kroni pemimpin tertentu seperti Eric Chia sebanyak RM 2 bilion, konglomerat Tajuddin Ramli sebanyak RM 580 juta, hutang Datuk Seri Shahrizat Jalil sebanyak RM 250 dibayarkan atau ‘bail out’ oleh kerajaan, mengapa hutang peminjam PTPTN begitu diteliti sehingga sanggup memburu mereka dengan tindakan yang begitu agresif? Apakah kroni pemimpin negara yang jumlahnya beberapa kerat itu lebih bernilai dari jutaan rakyat yang hidup merempat di bumi mereka sendiri?

Jika beginilah dasar kerajaan, ia menunjukkan wajah sebenar pemimpin negara terhadap rakyat. Ketika rakyat dirayu, ditatang, dijulang dan di sogokkan dengan pelbagai hadiah menjelang PRU ke 13, rakyat itu pula diratah dan di dimamah sehingga menderita selepas mereka mendapat undi rakyat.

DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tweet-KJ-berkenaan-PTPTN.jpg


Ini pula kata pemuda UMNO

PEMUDA UMNO BANTAH TINDAKAN PENYENARAIAN HITAM PEMINJAM PTPTN

Pergerakan Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan, yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh, bagi menyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Pada pandangan Pemuda UMNO, Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan. Bahkan, keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam.

Ini kerana pinjaman PTPTN amat berbeza dengan pinjaman-pinjaman lain seperti hutang kad kredit atau kenderaan kerana ia tidak tergolong dalam pinjaman berasaskan pilihan peribadi. Harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana Kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi dan keperluan memiliki kelulusan samaada diploma mahupun ijazah adalah penting bagi pembangunan kerjaya dan intelektual seseorang anak muda.

Pada masa yang sama, kumpulan peminjam tegar yang tidak melunaskan sebarang pembayaran balik adalah kecil dan tindakan penyenaraian hitam sebegini boleh memberi tanggapan umum yang negatif kepada segala gerak kerja PTPTN di dalam memastikan anak muda yang ingin melanjutkan pengajian mereka di peringkat tinggi dibantu.

Campak 5 Anak Melalui Tingkap....

$
0
0
Campak  5 Anak Melalui Tingkap | Kejadian Kebakaran di Meranti | - MERANTI : Seorang ibu terpaksa mencampak lima anak, termasuk dua kembar melalui tingkap setelah rumahnya dekat Kampung Cherang terbakar jam 12 tengah hari, kelmarin.

Campak  5 Anak Melalui Tingkap | Kejadian Kebakaran di Meranti

Datuk, Latif Hasan, 72, berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang berlaku setelah pulang daripada kebun.

Menurutnya, penduduk memberitahu lima cucu bersama anak perempuannya terperangkap di dalam rumah kerana pintu depan tidak dapat dilalui akibat terbakar.

“Disebabkan itulah, anak saya terpaksa mencampakkan cucu yang berusia lima hingga 10 tahun melalui tingkap.

“Mujurlah ketika kejadian isteri saya yang mempunyai masalah pendengaran, berada di luar rumah,” katanya, semalam.

Latif berkata, dia tidak sempat menyelamatkan sebarang dokumen penting termasuklah wang anaknya bernilai hampir RM 1,000 dan motosikal Honda Wave yang baru dibeli setahun lalu.

Menurutnya, dianggarkan mereka mengalami kerugian hampir RM 200,000.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.37 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian menggunakan satu jentera dengan kekuatan lima anggota.

“Setibanya di tempat kejadian, kami dapati rumah separa kayu dan batu hangus hampir 100 peratus namun kami berjaya mengawal api daripada merebak, lima minit selepas memulakan operasi.

“Punca dan nilai kerugian yang ditanggung masih dalam siasatan,” katanya. – Sinar Harian

[Gambar] Geng 04 Tunjuk Kekuatan Ugut Polis | Sekitar Perarakan Pengebumian Geng 04, Perarakan Mengibarkan Bendera Geng 04

$
0
0
[Gambar]  Geng 04 Tunjuk Kekuatan Ugut Polis | Sekitar Perarakan Pengebumian Geng 04, Perarakan Mengibarkan Bendera Geng 04 | Sungguh mengejutkan apabila penjenayah dianggap sebagai hero dan pejuang sehingga ada yang berani untuk mengugut Polis. Adakah akan menjadi amalan penjenayah dijulang!
Petang tadi teman terserempak dengan konvoi yang mengiringi salah seorang penjenayah yang ditembak Polis tempohari. Sungguh menakutkan apabila konvoi tersebut membawa banner yang melambangkan Gangster 04 dan mengagung-agung penjenayah.
Namun sayang teman tidak berani untuk berhenti untuk menangkap gambar kerana tidak kelihatan pun anggota Polus disitu. Gambar-gambar ini teman ambil dari Pisau.net untuk tatapan dan penilaian anda semua. (Sumber: Pisau.net).

gambar-geng-04.jpg
 
   perarakan diadakan sambil membawa bendera kongsi gelap [ geng 04]

gambar-geng-04.jpg
gambar-geng-04.jpg
gambar-geng-04.jpg
ugutan bunuh di Tembok sebuah balai polis

Kisah Si Penggali Kubur | Mayat berkuku panjang belit badan

$
0
0
Kisah Si Penggali Kubur | Mayat berkuku panjang belit badan | PENGALAMAN terjumpa mayat yang tidak diterima bumi antara detik yang tidak boleh dilupai oleh Solihin Yusoff, 35, sepanjang bergelar penggali kubur. Ceritanya, pada ketika itu dia sedang menggali sebuah kubur di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Tokong.
Kisah Si Penggali Kubur | Mayat berkuku panjang belit badan
“Pada masa itulah saya terkejut apabila mendapati jasad berkenaan masih ada sedangkan papan keranda sudah pun reput, sementara kain kafan yang membaluti tubuh mayat berkenaan juga sudah tiada.

“Anehnya, saya dapat lihat jasadnya berwarna merah seakan terbakar dan wajah semua tidak ada, cuma jasad sahaja sementara kukunya ibarat hidup.

“Kuku mayat berkenaan memanjang seakan hidup dan membelit badannya sendiri, itu antara pengalaman yang saya tidak akan lupakan sepanjang hayat,” katanya kepada Sinar Harian.

Kubur bercahaya

Anak kelahiran Kampung Tanjung Tokong itu sudah hampir 25 tahun bergelar penggali kubur. Dia yang bekerja sebagai kontraktor di sebuah syarikat telekomunikasi turut mewarisi bakat menggali kubur daripada ayahnya.

Seperti mana janji ALLAH SWT, sesiapa yang mengikut ajaran-Nya pasti akan dipermudahkan di alam barzakh. Solihin bertuah kerana melihat sendiri keajaiban berkenaan di hadapan matanya pada suatu malam.

Menurutnya, dia pernah menyaksikan kubur bercahaya pada waktu malam namun kejadian berkenaan tidak dapat dilihat rakan yang lain.

Pada suatu malam ketika dia dan tiga lagi rakan yang lain mahu menggali kubur, tiba-tiba dilihatnya satu kubur bercahaya seakan diterangi lampu yang amat cerah.

Pada ketika itu dia memanggil rakannya untuk melihat kejadian berkenaan namun disanggah rakan-rakan yang lain kerana tidak dapat melihatnya.

“Memang saya sedikit terkejut, tapi itulah kebesaran ALLAH SWT, kubur berkenaan milik seorang yang boleh digelar ustaz kerana dia adalah guru agama yang turut mengajar anak Tanjung Tokong membaca al-Quran.

“Malah arwah juga adalah antara orang penting yang memandikan jenazah sekiranya adanya mayat,” katanya.

Solihin mengakui mula seronok datang ke kubur sejak kecil lagi dan kemudiannya membantu bapanya menggali kubur sejak berusia 12 tahun.

Rasa ada kematian

Mempunyai pengalaman agak luas, lelaki yang sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak ini mempunyai teknik tertentu untuk menggali kubur. Kebiasaannya dia akan mengukur tanah kubur hanya menggunakan cangkulnya sahaja.

Akibat sudah terlalu biasa dengan kematian, Solihin seakan dapat merasa akan ada kematian yang akan berlaku.

Bukan rekaan, namun itulah yang berlaku terhadap dirinya sehingga majikannya sendiri menyedari kelakuannya apabila tiba saat dia akan menggali kubur.

“Ya, saya sendiri dapat rasa diri saya tidak dapat duduk diam dan selepas itu akan ada perkhabaran orang meninggal dunia dan saya akan terus ke kubur untuk menggali.

“Saya sendiri tidak pasti mengapa tapi itulah yang berlaku terhadap diri saya, majikan saya tidak mempunyai masalah untuk melepaskan saya apabila waktu bekerja untuk ke kubur,” katanya.

Sama seperti orang lain, Solihin akan membaca surah al-Fatihah dan berselawat ketika menjalankan tugasannya di kubur.

“Biasalah orang sentiasa ingat kubur ini tempat menakutkan tetapi kita tidak boleh bersikap demikian kerana inilah tempat kita akan ‘tinggal’ nanti,” katanya.- sinar harian

Bas Jatuh Gaung Di Lebuhraya Karak KM 3 Menghala Ke Kuala Lumpur [ TERKINI ] | Setakat ini 33 Mayat Sudah Ditemui

$
0
0
Bas Jatuh Gaung Di Lebuhraya Karak KM 3 Menghala Ke Kuala Lumpur [ TERKINI ] | Setakat ini 33 Mayat Sudah Ditemui | Bas henti-henti yang berulang alik dari Genting Highlands ke Hentian Pekeliling di ibu negara merupakan bas yang terbabas dan terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 2.45 petang tadi. 
Bas-Jatuh-Gaung-Di-Lebuhraya-Karak.jpg

Memetik laporan laman Facebook Berita Harian, ketika ini anggota bomba terpaksa menggunakan tali untuk turun ke dalam gaung sedalam kira-kira 150 meter ke tempat bas itu terhumban.


Bas-Jatuh-Gaung-Di-Lebuhraya-Karak.jpg
Gambar kemalangan itu pada awalnya dimuatnaik oleh laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kira-kira pukul 3.30 petang tadi. 
Bas-Jatuh-Gaung-Di-Lebuhraya-Karak.jpg
Berapa ramai penumpang di dalam bas berkenaan masih belum dapat dipastikan dan juga apa nasib menimpa mereka masih belum dapat diketahui.

Berita selanjutnya akan menyusul sebentar nanti.

UPDATE TERKINI:
- 10 mayat sudah ditemui, 15 cedera

POLIS MEMBERITAHU KEPADA PARA GENG 04 BAHAWA PDRM LANGSUNG TIDAK GENTAR DENGAN AMARAN MEREKA DAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS!!!!

$
0
0
POLIS MEMBERITAHU KEPADA PARA GENG 04 BAHAWA PDRM LANGSUNG TIDAK GENTAR DENGAN AMARAN MEREKA DAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS!!!! |

GEORGETOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran kepada individu dan ahli kumpulan kongsi gelap, Geng 04 supaya tidak mencabar kewibawaan pihak polis dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam.

Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli kumpulan berkenaan yang cuba mencetuskan ketegangan sehingga mendatangkan kebimbangan kepada orang awam.

"Polis memandang serius tindakan beberapa lelaki dipercayai anggota kumpulan berkenaan yang mencetuskan kekecohan semasa upacara pengkebumian salah seorang daripada lima lelaki yang ditembak mati Isnin lalu.

"Polis mempunyai rakaman video dan sudah mengenal pasti kesemua ahli kumpulan yang terlibat.

"Kita menerima laporan kumpulan berkenaan mencetuskan kekecohan dengan membakar mercun semasa perarakan membawa mayat rakan mereka itu petang semalam," katanya kepada media ketika membuat tinjauan Ops Cantas yang diadakan di sekitar negeri ini, hari ini.

Tambah beliau, kumpulan terbabit turut dilihat membawa pelbagai kain rentang yang tertera gambar si mati, nombor dan logo kumpulan mereka.

Katanya lagi, selain mengenali individu terlibat, polis juga mengenal pasti semua kenderaan yang digunakan semasa perarakan itu.

Tambah Abdul Rahim, kertas siasatan sudah dibuka mengenai kejadian itu mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966.

"Saya memberi amaran kepada semua tidak kira dari kumpulan mana sekalipun, jangan tunjuk kekuatan geng masing-masing.

"Polis akan ambil tindakan susulan selepas ini," katanya.

Di fahamkan, ketika upacara perarakan mayat salah seorang lelaki yang ditembak mati itu petang semalam, berlaku kekecohan apabila rakan serta pengikut ahli kumpulan terbabit dikatakan membakar mercun dan melontarnya ke arah sebuah balai polis.

gambar-geng-04.jpg
gambar-geng-04.jpg
gambar-geng-04.jpg
gambar-geng-04.jpg

[GAMBAR] Pergaduhan Ala Kongsi Gelap | Suami isteri brutal, bergaduh sehingga cedara parah guna parang dan tukul

$
0
0
[GAMBAR] Pergaduhan Ala Kongsi Gelap |  Suami isteri brutal, bergaduh sehingga cedara parah guna parang dan tukul | Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit ‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang.

Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.

Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.

[GAMBAR] Pergaduhan Ala Kongsi Gelap |  Suami isteri brutal, bergaduh sehingga cedara parah guna parang dan tukul

[GAMBAR] Pergaduhan Ala Kongsi Gelap |  Suami isteri brutal, bergaduh sehingga cedara parah guna parang dan tukul
PETUGAS ambulans memeriksa kecederaan lelaki terbabit.
“Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka.

Kematian Jeneral Abdel Fattah Al Sisi Palsu | Main-main Jea Berita Dari Freemalaysiatoday.com

$
0
0
Kematian Jeneral Abdel Fattah Al Sisi Palsu | Main-main Jea Berita Dari Freemalaysiatoday.com | Mati-mati aku ingat berita nie benar, rupanya berita palsu, baru aku nak makan besar malam nie, artikel dari portal tersebut sudah didelete.....bawah nie berita yang disiarkan


PETALING JAYA: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jeneral-Abdel-Fattah-Al-Sisi.jpg
Rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian beliau, demikian menurut The Egyptian Gazette di bawah tajuk “General ‘Hitler’ Sisi has died” hari ini.

Al Sisi dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir dan menghancurkan demokrasi di Mesir. Ramai yang merasakan bahawa keadilan telah terlaksana.

Beliau dilaporkan telah merancang untuk menjatuhkan Morsi sejak hari pertama beliau dilantik presiden dan Al Sisi mendapat bantuan kewangan sebanyak US$1 bilion dari Arab Saudi bagi melakukan kerja-kerja bagi menggulingkan Morsi.

Seorang yang dipercayai berbangsa Yahudi, al Sisi merupakan ketua pasukan tentera Mesir dan juga Menteri Pertahanan sejak 12 Ogos2012.

Sebagai kepala tentera, beliau memainkan peranan penting dalam kudeta pada Julai lalu yang menyaksikan Morsi tersingkir berikutan
protes terhadap kerajaan pimpinannya yang hanya bertahan selama setahun.

Al Sisi kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama, di samping mengekalkan jawatan Menteri Pertahanan. (TMI)

[GAMBAR] dan [VIDEO] Ribuan Korban Angkara Rejim Bashar Al-Assad Menggunakan Senjata Kimia | [Syria Terkini] Kegilaan Apakah ini !!!!

$
0
0
[GAMBAR] Ribuan Korban Angkara Rejim Bashar Al-Assad Menggunakan Senjata Kimia | [Syria Terkini] | Aktivis dakwa tentera bedil roket, Rejim nafi guna senjata kimia

Beirut: Lebih 1,300 orang terbunuh apabila tentera Syria menggempur pinggir Damsyik dengan senjata kimia semalam, kata pembangkang yang menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai dan menggesa campur tangan antarabangsa.
“Angka itu pasti meningkat. Serbuan dan serangan berterusan,” kata Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) yang beribu pejabat di Britain dan mengumpulkan maklumat daripada aktivis dan pasukan perubatan.

Angka itu pasti meningkat. Serbuan dan serangan berterusan” Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia

SOHR berkata, serangan amat sengit dan disasarkan ke pinggir bandar Zamalka, Arbeen dan Ein Tarma di timur Damsyik.

 Korban Angkara Rejim Bashar Al-Assad Menggunakan Senjata Kimia.jpg

 Korban Angkara Rejim Bashar Al-Assad Menggunakan Senjata Kimia.jpg

 Korban Angkara Rejim Bashar Al-Assad Menggunakan Senjata Kimia.jpg

 Korban Angkara Rejim Bashar Al-Assad Menggunakan Senjata Kimia.jpg

Ia memetik aktivis sebagai berkata tentera rejim membedil roket dengan peledak berisi gas beracun dalam serangan itu.

Sebuah kumpulan pemerhati dari Britain sebelum itu berkata sekurang-kurangnya 100 maut dalam serangan tentera ke atas kubu kuat pejuang pembebasan di pinggir ibu kota Syria semalam, dalam apa yang didakwa sebagai serangan gas beracun.
 Korban Angkara Rejim Bashar Al-Assad Menggunakan Senjata Kimia.jpg


Ratusan maut diserang
Satu kumpulan lain, Jawatan-kuasa Penyelarasan Tempatan, berkata beratus-ratus maut atau cedera dalam serangan itu. Perbezaan angka daripada kumpulan aktivis adalah perkara biasa di Syria, terutama dengan kerajaan mengehadkan laporan luar dan domestik.

Dakwaan dibuat ketika pasukan senjata kimia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan 20 anggota, diketuai pakar Sweden, Ake Sellstrom, berada di Damsyik sejak Ahad lalu untuk menyiasat tiga kawasan yang didakwa serangan senjata kimia dilancarkan.

Kawasan yang disiasat adalah kampung Khan al-Assal di barat Aleppo dan dua lagi lokasi yang dirahsiakan atas alasan keselamatan.

Berikutan laporan semalam, SOHR menggesa pasukan PBB di Syria dan semua pertubuhan antarabangsa melawat kawasan yang teruk terjejas dan memastikan bekalan perubatan dan bantuan tiba kepada penduduk secepat mungkin.

Ia juga menggesa siasatan terhadap serangan itu.

Sementara itu, pihak berkuasa Syria menafikan dakwaan tentera menggunakan senjata kimia.

“Laporan penggunaan senjata kimia palsu. Ia cubaan menghalang pasukan PBB menjalankan misi mereka,” lapor agensi berita SANA.

Akhbar Al-Watan melaporkan kerajaan Syria berjanji untuk bekerjasama dan memudahkan kerja pasukan penyiasat PBB yang melancarkan misi di negara itu kelmarin.

Britain sementara itu berkata ia akan merujuk dakwaan penggunaan senjata kimia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dakwaan itu belum dapat disahkan. - AFP/AP

Saksikan [Video] Samseng Jalan Melampau, Lagak Bagus

$
0
0
[Video] Samseng Jalan Melampau, Lagak Bagus - Nampaknya kempen pemanduan berhemah serta kempen keselamatan jalan raya yang memenuhi ruangan akhbar dan kaca televisyen tidak mendatangkan faedah sekiranya masih ada golongan pemandu yang bersikap seperti dalam video yang kami kongsikan ini.


Mana tidaknya, sebuah video menunjukkan seorang pemandu kereta yang sikap angkuh dan tidak berhemah di jalan raya mula tersebar di laman-laman sosial.

Sepatutnya setiap kenderaan yang ingin menukar laluan, hendaklah memberi isyarat terlebih dahulu.

Setelah selamat, barulah menukar laluan.

Lain pula kaedah yang ditunjukkan oleh pemandu dalam video ini.

Rakaman dibuat menerusi kamera ‘dashboard’ menunjukkan sebuah kereta yang menukar laluan secara tergesa-gesa tanpa memberi isyarat.

Pemandu tersebut bertindak berani dengan menghentikan kenderaan di tengah-tengah laluan yang sesak serta bertindak seperti samseng.

Pemandu itu keluar daripada keretanya dan mengetuk bonet hadapan kenderaan si perakam dan memberi amaran.

Malah, bertindak berani, dia juga menunjukkan kayu pemukul besbol yang terdapat dalam keretanya.

Jelas, ia seolah-olah amaran keras supaya jangan bertindak ‘kasar’ terhadapnya.

Setelah masuk ke dalam kereta, dia kemudian memandu kenderaannya secara merbahaya dengan memandu secara laju dan terhuyung-hayang seperti orang mabuk.

Adakah perlunya sikap sebegitu dalam kalangan pemandu di Malaysia?

Mungkin pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemandu ini.

Kepada mereka di luar sana, awas dengan kenderaan ini yang bernombor pendaftaran, JLV 5384 jenis Proton model Persona.

Juga kepada mereka yang pernah mengalami nasib yang sama atau saksi kepada kejadian-kejadian sebegini, dapatkan nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat, masa dan tempat kejadian, dan segera laporkan perkara tersebut di mana-mana balai polis berhampiran.

Jangan biarkan pemandu spesis samseng jalanan atau dipanggil ‘roadbully’ ini terus menguasai jalan-jalan di Malaysia. – MyNewsHub

Kes Altantuya | Bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan

$
0
0
Akhirnya mahkamah rayuan mengishtiharkan pembebasan Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar dari tuduhan membunuh Altantuya, persoalan yang bermain dibenak otak aku yang bersimpul ini, siapakah yang membunuh sebenarnya..Adakah Altantuya itu membunuh diri?..Wayang apakah ini, sesuai untuk dijadikan Filem nie..
gambar-altantuya.jpg
Putrajaya: Bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan hukuman mati atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali bersama sama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimon Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu yang dibacakan oleh Tengku Maimon.
Azilah Hadri dan Sirul Azhar masing masing akan dibawa pulang ke penjara Kajang dan Tapah untuk menjalani beberapa proses sebelum dilepas dan dibebaskan. 




 
 

[VIDEO] Pengarapan Ibu Mahu Anaknya Kembali Kepada Islam Setelah Anaknya Memeluk Kristian | Kes Lina Joy

$
0
0
VIDEO: Wajah Ibu Yang Masih Mengharapkan Anaknya Lina Joy Kembali Pada Islam | PUTRAJAYA : Ibu kepada Lina Joy yang mesra dipanggil Mak Som telah turut bersama hadir dalam menunjukkan sokongan beliau terhadap bantahan penggunaan kalimah Allah bagi agama lain di perkarangan Istana Kehakiman di sini hari ini.


Turut bersama beliau adalah Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Dr. Yusry Mohamad.

Mak Som yang hadir berkerusi roda kelihatan uzur dan tidak banyak menjawab persoalan wakil media.

Bagaimanapun, Dr. Yusry yang hadir bersama menjawab tujuan utama kehadiran Mak Som ke Istana Kehakiman hari ini.

Menurut Dr. Yusry, Mak Som tidak mahu lebih ramai anak-anak Islam di luar sana dimurtadkan disebabkan oleh sistem perundangan yang liberal.

“Walaupun merasai kepedihan perpisahan dengan anak, tapi yang paling penting Mak Som tidak mahu adanya perundangan yang memudahkan anak-anak orang lain dimurtadkan,” jelas Dr. Yusry.

Mak Som berpendapat bahawa mempertahankan soal akidah adalah lebih utama.

Malah, Mak Som turut menyatakan bahawa dia sentiasa berdoa supaya anaknya kembali ke pangkuan Islam.

Apa yang nyata, wajah Mak Som walaupun sedih tetapi ia sebenarnya begitu bersih sinar nurnya. Sukar difahami bagaimana seorang wanita yang begitu jernih wajahnya, mendapat seorang anak yang begitu beriya-iya mahu meninggalkan Islam. – MyNewsHub
Viewing all 669 articles
Browse latest View live