Nasharudin Mat Isa Yang Dipecat Hassan Ali Pula Yang Buat Kenyataan Akhbar?
Sengaja aku buat pertanyaan dan persoalan ayat di atas bukan apa aku kadang-kadang menyampah dengan perangai Hasan Jati yang lebih sudu dari Kuah, belum sempat empunya diri Nasharudin Mat Isa membuat penjelasan dia dah sibuk, ini adalah antara Kenyataan Akhbar beliau, untuk melihat yang penuh sila ke Page Facebook Hassan Jati:
KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI PEMECATAN YB UST NASHARUDIN SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA PAS
Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.
Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.
Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbukan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.
Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarakjauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS. Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu....
Melihat daripada tulisan Hasan Jati, seolah-olah Pas tidak mempedulikan dan tidak menghargai Nasharudin Mat Isa.Hakikatnya Hasan Jati memerlukan teman seperti Nasharudin Mat Isa untuk meneruskan karier beliau dan mengukuhkan lagi NGO JATI beliau, memandangkan pengaruh dan ketokohan yang ada pada Nasharudin Mat Isa masih kuat berbanding beliau.
Tetapi pimpinan PAS bagi aku cerdik dalam menangani isu Nasharudin Mat Isa beliau tidak dipecat sebagai Ahli PAS seperti Hasan Jati tetapi sebagai dipecat dari Majlis Syura Ulama. Sekarang ini, Nasharudin Mat Isa seperti tergantung dan tersekat. Apa pun perancangan Allah itu yang terbaik. Salah dalam berjemaah itu lebih baik daripada benar dalam berseorangan. Wallahualam