Giler siot, Kapal Selam terdampar di kawasan banjir..Hahaha
Gambar nie aku cedok kat FB lol, dia bagi nama kapal selam KD Tuya..Kenapa dia bagi nama tu aku pun x tahu..haha
Nah nie fakta sikit tentang kapal selam nie
Gambar nie aku cedok kat FB lol, dia bagi nama kapal selam KD Tuya..Kenapa dia bagi nama tu aku pun x tahu..haha
Nah nie fakta sikit tentang kapal selam nie
FAKTA MENARIK MENGENAI KAPAL SELAM SCORPENE MALAYSIA
Sejak tahun 80an, TLDM telah berminat untuk memiliki kapal selam tersendiri bagi meningkatkan keupayaannya. Bermula dari detik itu, TLDM telah melatih pegawai serta anggotanya bagi mengikuti kursus dan latihan berkaitan kapal selam di Australia dan Pakistan. TLDM telah bersabar menanti selama 20 tahun untuk memiliki aset strategik terpenting dalam pengoperasian armadanya. Pada tahun 1998, Kerajaan Malaysia telah meluluskan untuk membeli kapal selam Scorpene. Pembayaran kapal selam ini dilakukan dengan kaedah timbal beli. Perancis akan membeli minyak kelapa sawit dan barang komoditi Malaysia lainnya dengan anggaran USD580 juta. Selain mengeluarkan dana sebesar USD 171 juta, Malaysia juga telah membangunkan pelbagai infrastruktur bagi mendukung pengoperasian kapal selam di Teluk Sepanggar dan peralihan teknologi kapal selam dari DCNS kepada TLDM. Dari pengamatan pemerhati pertahanan, perolehan aset ini adalah untuk mengimbangi kekuatan armada negara-negara jiran dan konflik yang kian meruncing di perairan negara terutamanya Kepulauan Spratly.
Scorpene merupakan sebuah kapal selam yang unik di mana teknologi yang digunakan adalah menyamai teknologi yang digunakan pada kapal selam nuklear jenis Le Triomphant milik Perancis. Jika diperhatikan, Armada Perancis telah menggunakan kapal selam kelas Agosta dan Daphne, dimana kedua-duanya merupakan kapal selam konvensional bertenaga diesel manakala Scorpene menggunakan aplikasi teknologi terkini dalam semua jenis kelas kapal selam kelas diesel. Justeru, Syarikat DCNS telah mengintegrasikan teknologi kapal selam bertenaga nuklear kepada kapal selam bertenaga diesel sekaligus melahirkan Scorpene agar ianya lebih efektif dan lebih murah pengoperasiannya.
Sehingga kini 4 buah negara telah membuat perolehan daripada kapal selam Scorpene. Negara tersebut ialah Chile, Malaysia, India dan Brazil. Chile membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 1998/99 dan harga belian mereka ialah USD250 juta seunit. Malaysia membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 2003/04 dan harga belian sekitar USD 580 juta. India membeli enam buah kapal selam yang sama pada sekitar tahun 2006, dan harga belian mereka ialah USD 540 juta. Brazil pula membayar sebanyak USD 220 juta dollar seunit untuk tempahan sebanyak 4 buah kapal selam pada tahun 2010. Jika diperhatikan, harga pembelian Scorpene oleh India dan Brazil dilihat lebih murah. Ini kerana segala proses pembinaan kapal selam mereka dilaksanakan di limbungan negara masing-masing.
Jika dibandingkan kapal selam Scorpene dengan negara serantau contohnya Vietnam di mana mereka membeli 6 buah kapal selam jenis diesel elektrik dengan harga USD2 Bilion dari Rusia. Kos pembelian Scorpene dilihat lebih mahal tetapi perlu diingat dimana Vietnam telah berpengalaman dalam mengendalikan kapal selam sebelum ini. Mereka telah memiliki aset strategik ini pada tahun 1997 di mana mereka membeli Mini Submarine ‘Salmon Class’ dari Korea Utara. Dari situ, asas dalam pengendalian kapal selam, tempat latihan, kemudahan dan perkhidmatan sokongan telah disediakan dimana mereka hanya perlu membuat penyesuaian untuk kapal selam yang baru. Ukuran standard kapal selam dari China/Rusia kepada standard kapal selam dari Eropah juga berbeza yang menyebabkan harganya menjadi lebih mahal. Apa yang utama ialah kelebihan yang ada pada Scorpene, ianya lebih senyap dan tidak mudah dikesan berbanding kapal selam buatan China/Rusia.
Sumber: http://askarsetia.blogspot.com