Quantcast
Channel: Kaki Sembang
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Kekejaman Firaun Alaf Baru Di Mesir | Hanya Yang Hati Kering Sahaja Boleh Menonton Video Ini !!!!

$
0
0
Kekejaman Firaun Alaf Baru Di Mesir | Hanya Yang Hati Kering Sahaja Boleh Menonton Video Ini | Hari ini diishtiharkan oleh Dr Yosuf Qardhawi sebagai Hari Kemarahan Umat Islam, Kemarahan ditujukan kepada kerajaan Tentera pimpinan As-Sisi AKA Firaun Moden. Dalam kita membenci dan menyatakan kemarahan berkenaaan peristiwa ini ada pulak Ulama Muda di Malaysia Menggelarkan Golongan Ikhwan Musliman sebagai Khawarijjj..Apa punya bala aku pun x faham....

gambar-kekejaman-tentera-di-mesir.jpg

Peristiwa yang berlaku di Mesir menguatkan lagi stereotype orang 'arab' di kalangan orang melayu dengan sikap prejudis. 'Arab ni memang tak tahu nak berdamai, kasar dan biadap...'

Tuan-puan, ini adalah sikap jahiliyah. Apabila kita melabel seorang atau bangsa lain dengan panggilan yang negatif. Kita diingatkan oleh al Quran jangan menggelar seseorang atau suatu kaum dengan gelaran yang buruk. Mana tahu yang digelar itu lebih baik dari kamu.

Hakikatnya setiap bangsa ada kekuatan dan kelemahan kerana latar belakang budaya, sejarah, persekitaran dsbnya. Bahkan setiap individu dibentuk sikapnya oleh pengalaman yang dilaluinya. Hakikatnya manusia manapun yang mendapat petunjuk Islam dan berusaha untuk menegakkan akhlak Islam akan menjadi sebaik-baik manusia. Bukankah sebaik-baik manusia ialah Rasululla SAW dan ribuan sahabatnya yang dihiasi dengan akhlak yang terbaik dan terpuji. Sebahagian besarnya adalah bangsa Arab dan ada juga bangsa-bangsa yang lain di kalangan mereka, Habsyi, Rum, Farsi bahkan yahudi.

Teringat kepada komen seorang jemaah haji Malaysia yang mencemuh orang Afghanistan di Mekah yang diperkira kasar dan biadap (Kita juga tidak reda dengan kekasaran dan kebiadapan dari bangsa arimana pun). Mungkin sebab kelebihan orang melayu Malaysia sering dipuji kerana tertib, disiplin dan bersopan berbanding ahli jemaah negara lain.

Tetapi ingatlah, 'kasar' nya bangsa Afghan ini sehingga 4 kali mengalahkan kuasa besar (British 2 kali), kemudian Russia (Soviet) dan kini Amerika. Berbanding dengan sopan dan tertibnya bangsa melayu tetapi di jajah oleh 4 kuasa besar silih berganti (Portugis, Belanda, British dan Jepun).

Orang melayu juga ada kelebihan dan akan jadi hebat juga sebagaimana bangsa lain apabila ada kemahuan untuk menegakkan Islam dalam kehidupan. Kerana Rasulullah SAW adalah qudwah bagi manusia, bukan sahaja kepada bangsa Arab atau pada mana-mana bangsa sekali pun.

Ubah dan buanglah stereotype dan prejudis berteraskan bangsa ini. Ia sebahagian 'rawathib' (karat-karat) jahiliyah yang perlu ditanggalkan dari hati dan benak kita.

Sebagai nota penghujung - Orang Mesir yang berhimpun di medan Raba'ah dan kemudian terbunuh di sana adalah dari kalangan mereka yang cuba menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah. Sebab Nabi ada sebut

سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ ، وَرَجُلٌ قَالَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ

Penghulu para Syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berdiri di hadapan penguasa zhalim lalu ia menyuruhnya dan melarangnya, lalu pemimpin itu membunuhnya. (Hadits Shahih dalam Mustadrak ‘ala shahihain, imam Al Hakim no. 4884).

- Dr Hafidzi Mohd Nor

gambar-kekejaman-tentera-di-mesir.jpg

gambar-kekejaman-tentera-di-mesir.jpg


Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles