Tertarik aku dengan cerita di bawah ini berkenaan seorang bapa mendakwa anaknya di rotan dan dihalau dari sekolah oleh gurunya sendiri, apabila menerima berita ini aku ada terfikir 2 persoalan, adakah cikgu sekarang ini sekejam ini atau pun adakah anak-anak terlalu dimanjakan. Sekarang ini kita hanya mendengar cerita disebelah pihak, jika zalim sangat kenapakah Cikgu tersebut menghubungi ayah dia berkenaan kehilangan anaknya di sekolah..Aku dulu pernah lah melalui zaman budak sekolah, korang pun tahukan..hehe
Aku kalau malas nak pergi sekolah mesti aku akan bagi alasan kow2 kat aku punya ayah lerr. Ko nak tahu apa reaksi diaorang jawapannya boolaayan laa. Kalau aku kena rotan di Cikgu mmg berbelang-belanglah betis dan peha aku ada aku berani nak report kat ayah aku, mahunya bertambah lagi lah belang-belang kat badan aku.
Walhasilnya semenjak ada media sosial dan maklumat dihujung jari ini, makin manja di buatnya masyarakat . Perkara yang tidak patut di perbesarkan di utamakan, berbalik kepada isu ini aku tengok para guru cukup tertekan dengan keadaan sekarang, ibu-bapa terlalu dengar cakap anak sikit-sikit nak report sehingga Polis pun terbeban dengan report-report dan akhirnya lihatlah apa yang terjadi sekarang, tak menang tangan dibuatnya Polis.
Akibat daripada perkara ini Cikgu-cikgu malas hendak bersungguh sangat mendidik, korang tengok apa yang terjadi sekarang perangai budak-budak sekolah dah tidak terkawal.....fikir-fikirkanlah janganlah duk salahkan cikgu semata-mata.
Dihalau Balik Sebab Tak Siap Kerja Sekolah - BUTTERWORTH : Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.
Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.
Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.
“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.
Katanya dia membuat laporan polis semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – BERNAMA