Quantcast
Channel: Kaki Sembang
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Alhamdulillah Akhirnya Bonus Hari Raya Sebulan Gaji Diluluskan | Kepada Penjawat Awam Gunalah Bonus Hari Raya Ini Sebaik Mungkin

$
0
0
Alhamdulillah Akhirnya Bonus Hari Raya Sebulan Gaji Diluluskan |  Mati-mati aku ingat Kerajaan Persekutuan, Rupanya kerajaan Negeri Selangor..hehe..Apa pun bila adik buat baik, abang pun rasa tercabarlah..hehe..

Kepada yang kerja ngn kerajaan Persekutuan tunggulah penguguman daripada Najib....Sila ( Klik )
http://www.kakisembang.com/2013/07/bonus-raya-penjawat-awam-2013-adakah.html
..Maaf, Kerajaan Selangor, bukan Kerajaan Persekutuan


[MK] Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas Menteri Besar.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles