Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Kuala Lumpur ( Wilayah Persekutuan ) Dan Seluruh Negeri 2013 Di Malaysia | Takwim 1434H / 2013 | Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun.
Ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain.
Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:
Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.
Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasman
Pengertian puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada melakukan sesuatu manakala dari segi syarak pula puasa bermaksud menahan diri pada waktu siang daripada melakukan perkara-perkara tertentu dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Selain itu , puasa juga boleh difahami sebagai mencegah diri daripada memenuhi dan melayan tuntutan syahwat perut seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan pada waktu yang tertentu iaitu dari fajar sehingga terbenam matahari
Bagi memudahkan umat Islam di Malaysia ketika menjalani kewajiban menunaikan ibadah puasa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman web rasmi, telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan buka puasa di bulan Ramadhan bagi negeri-negeri seluruh Malaysia
Jadual waktu berbuka puasa boleh di muat-turun atau download dengan klik tajuk pautan url mengikut negeri masing-masing yang disertakan dibawah
Perlis | Kedah | Pulau Pinang | Perak | WP Kuala Lumpur & Putrajaya | Selangor | Negeri Sembilan | Melaka | Johor | Pahang | Terengganu | Kelantan | Sabah | Sarawak | Wilayah Persekutuan Labuan