Assalaamualaikum.. Malam tadi aku berkesempatan bersama dengan kawan-kawan menghadiri sambutan ambang tahun baru di dataran Shah Alam, meriah lol hampir 90% pengunjung adalah orang muda, Bagi akulah ini lah satu agenda terbaik dan alternatif untuk orang muda berhibur sambil berjumpa dengan Alim Ulama menimba sedikit ilmu tambah-tambah makhluk yang jahil dan lalai seperti aku ini.
Bagi akulah ramainya Makhluk tidak penting tapi pengisian dan tentatif program itu lebih penting, samaada mendapat rahmat dari Allah atau sebaliknya, Antara yang hadir pada program berlangsung adalah Big boh kiter Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus yang menjadi ikon orang muda pada masa kini didampingi oleh artis-artis dan ahli sukan yang tidak perlu aku huraikan kerana korang sume dah tahu..hehe
Apa yang menarik perhatian aku adalah jemputan Al Sheikh Ali Al Sobuni Ulama Agong yang sudi memberi sedikit tazkirah dan peringatan, rahmatlah aku rasa semasa dalam program tersebut, Al Sheikh meminta Allah panjangkan umurnya selama 120 tahun untuk beliau melakukan ibadat dan perjuangkan Islam, MasyaAllah indahnya hidup beliau. Moga Allah panjangkan umurku untuk berjumpa dengan program seperti ini lagi
Tidak jauh dari program bersama ulama ini berlangsung, satu program yang lain juga berlangsung di I-City.
Program sambutan yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri disamping nyanyian artis-artis terkenal tanah air dalam program Sayangi Selangor.. Adakah program seperti ini adalah salah satu kasih sayang yang dituntut dalam Islam- Wallahualam![]()

Pilihan ditangan anda siapa yang betul dan salah, moga Allah berikan kita petunjuk..Minta Mati kita dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh..Ameen ( FATTAWA JAKIM )..hehe